Penjualan Motosikal Bajaj Lebih Tinggi Di Peringkat Antarabangsa Berbanding India

Susulan pemfokusan terhadap penjualan motosikal Pulsar dan KTM, Bajaj Auto kini merekodkan penjualan lebih tinggi di peringkat antarabangsa, berbanding di India bagi bulan Disember dan Januari.

Eskport motosikal Bajaj meningkat sehingga 19 peratus bagi Januari meskipun penjualan di India menurun sebanyak 22 peratus pada bulan sama.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh dua tahun, eksport motosikal Bajaj mengatasi penjualan domestik dengan lebih 40 peratus pengeluaran tahun 2019 membabitkan eskport ke negara luar.

Pasaran India ketika ini bergerak perlahan dalam tempoh beberapa tahun namun dengan strategi eksport yang menjadi, Bajaj mampu menangani tekanan pasaran yang tercetus di India ketika ini.

Meskipun penjualan motosikal menurun sebanyak 14 peratus (1.83 juta unit) dari April 2019 hingga Januari 2020 namun permintaan eksport meningkat 10 peratus (1.59 juta unit) pada waktu sama sekaligus menjadikan penurunan penjualan hanya 4 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Komersil dan Pengarah Eksekutif Bajaj Auto, Rakesh Sharma, antara penyumbang utama penjualan motosikal di peringkat antarabangsa adalah Afrika terutamanya Nigeria dan Timur Afrika diikuti Nepal dan Sri Lanka.

Dia turut mendedahkan Filipina sebagai pasaran baharu yang sedang meningkat naik bagi penjualan motosikal Bajaj.

(SUMBER: MoneyControl)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.