Modenas Perkenalkan Ninja 250 SE ABS Versi ‘Made In Malaysia’

Selepas Modenas mendedahkan bakal melakukan penjenamaan semula terhadap beberapa model Kawasaki baru-baru ini, pengeluar motosikal nasional itu hari ini mendedahkan model pertama menerusi Ninja 250 SE ABS ketika pelancaran Dasar Automotif Nasional 2020.

Didatangkan dengan pilihan warna serba hitam dan beberapa lencana Modenas yang boleh kelihatan, jelas ini merupakan antara model yang akan dipasarkan ke dalam negara dalam masa terdekat.

Meskipun tiada maklumat tambahan mengenai model ini namun berdasarkan harga semasa bagi Kawasaki Ninja 250, model ini dijual pada RM23,071 sementara Z50, RM21,998.

Bagaimanapun, difahamkan, model di bawah penjenamaan Modenas yang dipasang di Gurun, Kedah ini akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding yang dijual oleh Kawasaki Motors Malaysia (KMSB).

Ketika ini, Kawasaki Heavy Industries (KHI) memiliki pegangan saham Modenas sebanyak 30 peratus – dan mampu meningkat lebih tinggi sekaligus membuktikan komitmen Kawasaki dalam memperkukuh kerjasama bersama Modenas.

Difahamkan, antara model lain yang akan dijenamakan semula sebagai Modenas melibatkan Versys dan Ninja dari 250 hingga 650cc.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.