10 Tahun Di MotoGP Tapi Masih Perlu Berhutang? Lorenzo Sindir Semula Zarco

Sumber: Jorge Lorenzo @ Twitter

Baru-baru ini, pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco menyifatkan tindakannya untuk keluar lebih awal daripada KTM membuktikan dia tidak mengejar duit seperti Jorge Lorenzo.

Ketika sesi temubual bersama akhbar Sepanyol, Marca, Zarco menjelaskan dia enggan memilih jalan sama seperti Lorenzo, yang menghabiskan baki kontrak bersama Repsol Honda meskipun bergelut.

“Lorenzo mengutamakan duit sebab itu dia sanggup kekal sehingga tamat musim. Tetapi saya tidak mempunyai mentaliti seperti itu.

“Saya tidak mengutamakan duit seperti dia. Saya pun beli rumah secara berhutang, dia pula tinggal di negara yang tidak perlu membayar cukai. Di Perancis, saya perlu membayar cukai dan rumah. Saya ada banyak sebab untuk kekal di KTM demi mendapatkan bayaran tetapi itu bukan keutamaan,” jelas Zarco.

Menyedari perkara itu, Lorenzo kemudiannya membuat jawapan balas menerusi Instagram Story miliknya.

“Saya tidak gemar bercakap tentang situasi ekonomi orang lain, semua orang ada hak masing-masing dalam melakukan apa yang perlu.

“Tetapi disebabkan dia berminat untuk bersuara tentang isu yang tiada kaitan dengannya, jadi saya rasa Zarco perlu bertanyakan kepada diri sendiri kenapa dia perlu berhutang sedangkan telah 10 tahun berada dalam arena MotoGP, menang dua kejuaraan dunia dan pernah menandatangani kontrak bersama pasukan factory KTM?” katanya.

Pedih.

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.