Imbas Kod QR Dan Rebut Peluang Menangi Helmet LS2 Dari MForce!

MForce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Benelli, SYM dan WMoto di Malaysia mahu memberi ganjaran kepada peminat motosikal di Malaysia. Sebagai penghargaan terhadap kerjasama dan kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, MForce menawarkan 10 buah helmet jenama LS2 secara percuma. Bagi menyertai peraduan ini, anda hanya perlu…

Perkenalkan E-Pilen, Motosikal Elektrik Sulung Husqvarna

Ketika pengeluar dua roda lain yang sudah memulakan projek elektrik, Husqvarna juga enggan ketinggalan apabila mendedahkan E-Pilen, motosikal elektrik sulung syarikat itu. Berdasarkan rekaan, Husqvarna E-Pilen jelas menampilkan elemen rekaan sama seperti yang terdapat pada Svartpilen dan Vitpilen. Seperti motosikal elektrik lain, E-Pilen juga memperlihatkan rekaan panel yang sama di bahagian tengah, bagi memuatkan tiga…

Suzuki GSX-S1000 Serba Baharu Diperkenalkan – Enjin Euro 5, 150HP!

Suzuki melancarkan GSX-S1000 serba baharu, enam tahun selepas generasi pertama diperkenalkan pada 2015. Bagi tahun 2021, model generasi kedua tampil dengan rekaan serba baharu selain daripada menerima pelbagai naik taraf terkini sekaligus merevolusikan segmen motosikal ‘streetfigter’. Aspek paling menonjol adalah susunan lampu depan jenis LED heksagon sekaligus membuatkan GSX-S1000 ini lain dari yang lain. Rekaan…

CEV2021: Adam Norrodin Langkah Kanan, Sharul, Damok Berjaya Kutip Mata Di Estoril

Pelumba Moto2 negara di Kejuaraan CEV Repsol 2021, Adam Norrodin, memulakan pusingan pertama di Autodromo Do Estoril dengan langkah kanan. Pelumba pasukan LiquiMoly IntactGP SIC Racing itu berjaya mengutip 29 mata setelah berjaya menaiki podium di tempat ketiga pada Perlumbaan 1 dan tempat keempat dalam Perlumbaan 2. Sementara itu, pelumba Boscoscuro Talent Team-Ciatti, Fermin Aldeguer,…

Gejala Lumba Haram, Polis Gesa Jangan Manjakan Anak Dengan Motosikal

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menjalankan operasi bagi mengekang akviti lumba haram dan samseng jalanan di sekitar daerah itu sejak 16 April lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asistem Komisioner Nor Omar Sappi, daripada pemantauan kebanyakan yang terlibat masih lagi bersekolah. “Kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah namun ada juga segelintir yang…

Kawasaki ZX-10RR Muncul Terpantas Atasi Jentera MotoGP Dalam Ujian Bebas

Jonathan Rea muncul pelumba terpantas dalam sesi ujian bebas yang dijalankan di Aragon bersama beberapa jentera MotoGP lain. Pertahan juara Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) itu muncul pelumba terpantas selepas 65 lap dalam sesi ujian pertama di Motorland, mengatasi pelumba uji Yamaha dan KTM, Cal Crutchlow dan Dani Pedrosa. Rea yang menunggang Kawasaki ZX-10RR mencatat masa…

Pulang Ke Malaysia, Hafizh Berang Perlu Jalani Kuarantin 7-Hari

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa menjalani kuarantin 7-hari sebaik pulang ke Malaysia. Hafizh pulang ke tanah air selepas berakhirnya kejuaraan dunia MotoGP pusingan ketiga di Portugal minggu lalu. Dia terpaksa jalani kuarantin wajib meskipun telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Bagi Hafizh, atlet negara yang pulang ke tanah…

Honda CB400F Dan CB400X 2021 Didedahkan – 399cc, 44HP!

Honda telah melancarkan dua model baharu di Shanghai Auto Show menerusi CB400F dan CB400X 2021. Kedua-dua motosikal itu akan turut dipasarkan di China sebagai model pemasangan tempatan (CKD) oleh Wuyang Honda. Kedua-dua model ini menampilkan rupa hampir sama dengan versi 500cc namun dengan rekaan lampu LED yang kurang agresif. Honda CB400F Mengambil pendekatan sama seperti…