Gejala Lumba Haram, Polis Gesa Jangan Manjakan Anak Dengan Motosikal

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menjalankan operasi bagi mengekang akviti lumba haram dan samseng jalanan di sekitar daerah itu sejak 16 April lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asistem Komisioner Nor Omar Sappi, daripada pemantauan kebanyakan yang terlibat masih lagi bersekolah.

“Kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah namun ada juga segelintir yang sudah bekerja, berumur antara 17 hingga 26 tahun,” jelasnya.

Dalam tempoh tersebut, IPD Manjung juga telah menahan empat remaja berusia 16 hingga 24 tahun termasuk mengeluarkan 178 saman di samping menyita 23 motosikal.

Mengenal pasti jumlah remaja yang masih bawah umur ,Nor Omar menasihatkan ibu bapa untuk tidak manjakan anak dengan membelikan motosikal walaupun tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Ibu bapa juga akan diambil tindakan saman, sekiranya motosikal atau kenderaan atas nama mereka dan membenarkan anak bawah umur atau tidak ada lesen dibenarkan menunggang atau memandu.

“Ibu bapa harus sentiasa memantau dan melaksanakan tanggujawab seorang ibubapa kepada anaknya, supaya mereka tidak terbiar dengan aktiviti kurang sihat seperti lumba haram dan lain-lain,” tambahnya. – Utusan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply