Yamaha NMAX Kekal Sebagai Skuter Rasmi MotoGP

Yamaha dan Dorna meneruskan kerjasama sebagai pembekal skuter rasmi petugas di kejuaraan dunia MotoGP. Pengeluar motosikal Jepun itu akan terus membekalkan skuter jenis Yamaha NMAX 125 terbaru di paddock MotoGP untuk beberapa tahun akand datang. Dorna telah pun memberi kepercayaan kepada Yamaha sebagai pembekal skuter bagi semua pasukan di MotoGP sejak tahun 2005. “Yamaha telah…

Tambah Meriah Segmen 155cc, Zontes ZT155-U1 Bakal Masuk Malaysia?

Zontes merupakan antara barisan jenama baharu yang telah diperkenalkan di Malaysia secara rasmi pada 2019. Jenama dari tanah besar China itu membuat penampilan sulung pada Februari 2019 menerusi empat model, ZT310T, ZT310-R, ZT310-X dan ZT310-X GP. Dalam perkembangan terkini, Zontes Malaysia difahamkan akan memperkenalkan sebuah model 150cc menerusi ZT155-U1. Berkonsepkan motosikal ‘adventure’, Zontes ZT155-U1 digerakan…

CFMoto 800MT Sah Masuk Malaysia, Jangka Tiba 2022

Januari lalu, pengeluar motosikal China, CFMoto telah berkongsi imej rasmi 800MT, model baharu yang dibangunkan dengan kerjasama KTM. Dalam perkembangan terkini, kami difahamkan motosikal adventure tersebut disahkan akan masuk pasaran tempatan sekitar 2022. Meskipun tiada tarikh rasmi didedahkan namun pengesahan kemasukan model itu sudah cukup mengujakan apatah lagi dijangka menawarkan harga yang lebih mampu milik…

Previu: WMOTO Xtreme 150i – Dengan ABS Dwi-Saluran, Tangki 11L

Segmen skuter 150cc di Malaysia bakal dirancakkan lagi dengan WMOTO Xtreme 150i, skuter bercirikan ADV serba baharu. Xtreme 150i didatangkan dengan DNA adventure sepertimana yang ditawarakan Honda ADV 150. Motosikal ini didatangkan dengan enjin Euro 4, 149.3cc yang menawarkan 9.0 kW pada 8,500rpm dan 11.8 Nm pada 5,000rpm. WMOTO Xtreme 150i didatangkan dengan pelbagai ciri…

Tempahan Dibuka Bagi Dayang ADV 150 – Harga Bawah RM10 Ribu?

Jenama motosikal China, Dayang Motorcycle, dikhabarkan bakal memperkenalkan ADV 150 untuk pasaran Malaysia. Dayang Motorcycle telah pun melancarkan skuter adventure 150cc, dikenali sebagai ADV 150 untuk pasaran China sekitar Januari tahun ini. Penghasilan model tersebut seakan menyuarakan pendirian Dayang Motorcycle untuk cuba memberi saingan terhadap Honda yang telah pun melancarkan ADV 150 sebelum ini. Dalam…

GP Portugal: Marc Marquez Penuh Emosi Kembali Berlumba Selepas 265 Hari

Marc Marquez berjaya mengutip mata pertamanya selepas hampir setahun tidak berlumba ekoran kecederaan. Enam kali juara dunia MotoGP itu muncul pelumba Honda terpantas di GP Portugal apabila melepasi garisan penamat di kedudukan ketujuh selepas 25 lap dengan Fabio Quartararo muncul pemenang, diikuti Francesco Bagnaia kedua dan Joan Mir, ketiga. Bagaimanapun, sebaik kembali ke paddock, Marquez…

GP Portugal: Quartararo Menang Di Portimao, Bagnaia, Mir Lengkapkan Podium

Fabio Quartararo sekali lagi mempamerkan tunggangan mantap untuk merekodkan kemenangan kedua musim ini di GP Portugal. Meskipun bermula di petak pertama, namun Quartararo dipintas Johann Zarco, Alex Rins dan Marc Marquez sebaik perlumbaan dimulakan. Bagaimanapun, pelumba Perancis itu bingkas memperbaiki tunggangan untuk kembali mengejar kelompok depan yang pada satu ketika diterajui Zarco, Rins dan Joan…