Konvoi HOG PJ Ke Cameron Highlands

  • HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan satu tunggangan ke Cameron Highlands pada hujung minggu yang lalu.
  • Lebih daripada 40 orang peserta yang terdiri daripada 23 orang pemilik Harley telah menyertai konvoi untuk menikmati tiupan angin dingin jauh dari hiruk pikuk bandaraya.
  • Akan ada lebih banyak konvoi yang akan dianjurkan dan HOG PJ ingin mengalukan ke semua pemilik Harley untuk menyertai keluarga mereka yang senantiasa berkembang.

Sejak dari permulaan penubuhan HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) lagi, mereka telah bertindak aktif dalam menganjurkan berbilang konvoi untuk bukan sahaja untuk merapatkan silaturahim di antara para pemilik Harley dari seluruh negara, tetapi juga untuk mengalukan ahli-ahli baharu ke dalam keluarga mereka yang senantiasa berkembang.

Bagi menunjukkan keaktifan mereka dalam arena ini, ahli kumpulan HOG PJ telah menganjurkan satu tunggangan yang ringkas dan secara harfiahnya, menyejukkan ke Cameron Highlands bagi menikmati cuti hujung minggu jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk bandaraya. Sekitar 23 orang pemilik motosikal bersama dengan lebih daripada 40 orang ahli telah berkumpul di rumah baharu mereka di The Gasket Alley pada hari Sabtu yang lalu bagi menyertai aktiviti terkini kumpulan tersebut.

Dipimpin oleh ‘Road General’ yang dikenali ramai sebagai Mr. T, beserta sekumpulan marsyal berdedikasi (bagi memastikan keselamatan di sepanjang perjalanan), mereka telah bertolak dari The Gasket Alley pada jam 8.30 pagi dan menuju terus ke destinasi pertama mereka, iaitu Lata Iskandar untuk makan tengah hari.

Mereka kemudiannya telah meneruskan perjalanan menuju ke Bharat Tea House untuk satu sesi teh tarik ringkas sebelum menuju ke tempat penginapan mereka untuk malam itu, iaitu Avilion Cameron Highlands. Dan seperti kelazimannya bagi kita warga Malaysia, makan malam sudah pastinya adalah satu jamuan yang besar apabila adanya sekumpulan besar orang yang bersuka ria, dan HOG PJ tiada bezanya, di mana mereka telah menikmati satu makan malam stimbot yang memuaskan di kalangan abang-abang, kakak-kakak, dan juga sahabat handai.

Sebagai sebahagian daripada rancangan Harley-Davidson PJ untuk menjadi lebih aktif dalam komuniti penunggangan bersama dengan kumpulan HOG PJ, akan ada lebih banyak acara konvoi dan tunggangan yang akan dianjurkan dalam masa yang terdekat. Bersikap proaktif adalah salah satu cara untuk memastikan suasana kekal menyeronokkan dan mengujakan sepanjang tahun dan mereka amat mengalukan ke semua pemilik Harley untuk menyertai keluarga mereka yang senantiasa berkembang. Barang kali untuk acara tersebutnya akan ada makan malam BBQ?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, kunjungilah Harley-Davidson Petaling Jaya yang terletak di The Gasket Alley, Petaling Jaya.

HOG PJ Breakfast Ride Ke Kodai D’Sawah, Kuala Pilah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.