MotoGP Mugello, Itali 2018: Jorge Lorenzo Menangi Perlumbaan Pertamanya Bersama Ducati!

Setelah berusaha dengan gigih selama 18 bulan, Jorge Lorenzo akhirnya berjaya memperoleh kemenangan MotoGP-nya yang pertama di atas jentera Ducati. Kini berasa amat selesa dengan jentera Ducati Desmosedici GP18, Lorenzo telah menunjukkan aksi terbaiknya dan berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Mugello, Itali 2018. Andrea Dovizioso (Ducati Team) dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) melengkapkan kedudukan podium.

MotoGP Perancis 2018: Marc Marquez Memenangi Perlumbaan di Perancis; Rossi Memanjat Semula Tangga Podium!

Marc Marquez (Repsol Honda) merangkul kemenangan MotoGP ketiganya pada musim ini sewaktu Pusingan MotoGP Perancis 2018 semalam. Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) mendapat tempat ke-dua sebagai penunggang Ducati terpantas. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) kembali semula ke atas podium walaupun bergelut dengan masalah pengendalian dan cengkaman.

MotoGP: Yamaha Mahukan Hukuman Yang Lebih Berat Buat Marquez

Ketua pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Lin Jarvis, mahu penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, dikenakan dengan hukuman yang lebih berat. Berikutan ‘penunggangan merbahaya’ Marquez pada hujung minggu yang lalu di Argentina, Yamaha tidak berpuas hati dengan hukuman ringan yang telah dikenakan. Gaya penunggangan Marquez pada hujung minggu itu telah menyebabkan pertembungan dengan beberapa orang…

MotoGP Argentina 2018: Cal Crutchlow Peroleh Kemenangan di Argentina; Marquez Bertembung Dengan Rossi

Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol) telah memenangi perlumbaan ketiganya dalam MotoGP semalam di perlumbaan MotoGP Argentina 2018. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3) menduduki tempat ke-dua dan diikuti oleh Alex Rins (Team Suzuki ECSTAR) di tempat yang ke-tiga. Perlumbaan penuh drama ini telah menyaksikan pelbagai kejadian, paling hangat diperbualkan adalah pertembungan antara Marc Marquez dan Valentino…

Rossi Tampil Bergaya Lama Dengan Helmet AGV Pista GP R 2018

Juara dunia MotoGP sebanyak sembilan kali, Valentino Rossi telah memperkenalkan helmet AGV Pista GP R 2018-nya yang baru. Berikutan pembaharuan kontrak selama dua tahun bersama pasukan Movistar Yamaha, penunggang berusia 39 tahun tu telah memperagakan sebuah helmet bergaya retro. Dengan pendekatan yang minimalis, helmet 2018-nya itu telah diilhamkan oleh helmet yang digunakan dalam Formula 1 pada…

MotoGP: Movistar Yamaha lancarkan Yamaha M1 2018; Vinales Kekal Sehingga Tahun 2020

  Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah memperkenalkan jentera perlumbaan terkini mereka, Yamaha M1 2018. Motosikal bagi tahun 2018 ini berdasarkan kepada casis yang telah digunakan pada tahun 2016 yang lalu dengan bersama dengan kelengkapan serba baru yang dirancang untuk digunakan ketika ujian musim sejuk di Sepang. Maverick Viñales juga turut mengumumkan bahawa dia akan meneruskan…

Motosikal Flat Tracker Yamaha XJR1300 Buatan Khas Untuk Valentino Rossi!

    Sebuah motosikal ‘flat tracker’ Yamaha XJR1300 buatan khas istimewa telah dihasilkan buat penunggang pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi. Diberikan nama gelaran “Mya”, motosikal ‘flat tracker’ buatan khas ini telah dibina dan direka oleh VR46 Riders Academy bersama dengan pembina pakar, Rodolfo Frascoli. Motosikal XJR1300 buatan khas ini dilengkapi dengan lampu hadapan R1,…

Valentino Rossi “Mempunyai Masalah Dan Tidak Tahu Puncanya”

Valentino Rossi memikirkan yang dia serta rakan sepasukannya, Maverick Vinales “mempunyai masalah dan tidak tahu akan puncanya”, dan amat risau akan peluang mereka untuk bersaing dengan baik di GP Jepun di Litar Twin Ring Motegi, sekiranya cuaca hujan ini berterusan. Kedua-dua penunggang dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP ini telah bergelut sepanjang musim dengan kekurangan cengkaman…