Lewis Hamilton, Valentino Rossi Bertukar Jentera Di Valencia

Advertisements

 

Enam kali juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton dan sembilan kali juara dunia MotoGP, Valentino Rossi, akhirnya bertukar karier di Litar Valencia, baru-baru ini.

Rossi diberi peluang memandu Mercedes W08 2017 sementara Hamilton menunggang Yamaha MotoGP YZR-M1 yang digunakan di MotoGP musim ini.

Hamilton dan Rossi sudah sekian lama mengidamkan peluang untuk mencuba jentera masing-masing dan kedua-duanya menjadi mentor antara satu sama lain apabila mereka turun beraksi di litar.

Hamilton menyifatkan saat tersebut sebagai mengagumkan.

“Cukup mengagumkan untuk melihat lagenda seperti Valentino (Rossi) memandu jentera tersebut. Saya sendiri berasa teruja kerana mengingatkan saya ketika mula-mula berpeluang memandu kereta F1,” jelasnya.

Pada masa sama, Hamilton turut tidak dapat menyembunyikan keterujaan menunggang jentera YZR-M1 bersama Rossi di litar.

“Saya sangat teruja dapat menunggang motosikal di litar sambil menyaksikan Rossi berada di hadapan,” tambahnya.

Sementara itu, Rossi turut menghamburkan perasaan sama.

“Saya sememangnya peminat Lewis (Hamilton). Ini adalah hari yang bersejarah kerana dua pelumba terbaik dalam sukan permotoran bukan sahaja dapat berjumpa antara satu sama lain malah dapat bekerjasama.

“Hari ini saya rasa seperti pemandu F1 yang sebenar.

“Saya juga berkesempatan untuk menunggang jentera M1 bersama Lewis di litar. Kami sangat bangga dapat berkongsi pengalaman ini,” jelasnya.

Ini bukan kali pertama Hamilton menguji jentera dua roada, tahun lalu di Jerez, dia berpeluang menguji Yamaha R1 M dengan bantuan pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Michael van der Mark dan Alex Lowes.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.