Satu pasangan dari Malaysia telah dituntut membayar pampasan sebanyak RM400,000 di Thailand selepas satu kemalangan trafik. Mereka telah melanggar dan menyebabkan kematian warga tempatan sewaktu menunggang motosikal sewa. Ianya satu kebiasaan di Thailand di mana warga asing dituntut untuk membayar pampasan tidak kiralah sama ada ianya salah mereka atau pun tidak.
Tag: Thailand
Seorang penunggang motosikal telah menawarkan motosikal Yamaha R1-nya kepada polis bagi mengejar seorang saspek langgar lari. Dia memutuskan untuk membantu setelah melihat pemandu trak pikap merempuh sekatan jalan raya polis. Dia bersama anggota polis berkenaan telah mengejar trak tersebut dan berjaya menghentikannya.
Penunggang MotoGP Ducati, Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan pada kaki kanannya akibat kemalangan yang dialami sewaktu GP Aragon. Dia terpelanting ke udara dan jatuh di atas kakinya. Dia telah mengumumkan bahawa dia akan cuba untuk berlumba di Buriram, Thailand.
Musim mengembara telah tiba lagi, di mana para penunggang akan menunggang menjelajah Malaysia mahu pun ke negara Thai. Pengembaraan jarak jauh memerlukan perancangan yang rapi. Kami senaraikan beberapa peralatan yang akan menjadikan pengalaman pengembaraan anda lebih seronok dan juga selamat.
Ketua Polis Kelantan telah mengeluarkan satu nasihat perjalanan buat warga Malaysia yang melawat negara Thailand. Warga Malaysia tidak dilarang daripada menunggang memasuki Thailand, tetapi, perlu sentiasa berhati-hati. Wilayah Selatan Thailand telah bergolak dengan keganasan.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah CGK (Choppers Garage Kelantan) telah membuat permohonan maaf kepada kerajaan Thailand. Ini berikutan video yang menunjukkan marsyalnya sedang menghentikan lalulintas. Apakah tindak balas yang mungkin terjadi akibat kejadian ini?
Penunggang kelahiran Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman telah berjaya menduduki tempat di atas podium di tempat ke-dua bersama dengan pasukan Kawasaki Team Green bagi perlumbaan Suzuka 8 Hours 2017 FIM World Endurance Championship pada hari Ahad lalu. Bersama dengan penunggang BSB, Leon Haslam, dan penunggang dari Jepun,Kazuma Watanabe, Team Green merangkul tempat ke-dua dibelakang pasukan Yamaha…
Boon Siew Honda Motorsports Team telah dipilih sebagai pasukan Malaysia pertama yang akan mengendalikan Satu HATI Honda Team Asia bagi perlumbaan kali ke-40 Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance. Pengurus Pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama dengan pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia yang pertama yang bukan sahaja menyokong malah…
Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?
Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017. Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang…