Sempadan Thailand Ditutup Hingga 2021

Thailand dijangkakan akan terus menutup sempadan negara itu daripada kunjungan pelancong sehingga 2021. Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Gabenor Badan Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya. Menurutnya, kerajaan negara itu belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai pembukaan semula sempadan negara (keluar dan masuk) ketika mesyuarat mingguan Covid-19. “Tiada tanda-tanda daripada kerajaan bahawa kami akan membuka…

Buka Pintu Kereta Melulu, Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori

Sebuah rakaman video tular di media sosial yang memaparkan insiden ngeri berlaku di daerah Na Klang, Thailand, Isnin lalu. Rakaman tersebut memaparkan seorang pemandu kereta telah bertindak membuka pintu tanpa menghiraukan kedatangan sebuah motosikal. Apa boleh berlaku jika tak tengok belakang semasa buka pintu kereta. ?‍♀️ Seorang wanita yang menunggang motosikal terbunuh digilis treler selepas…

Suami Kantoi Naik Motosikal Dengan Wanita Lain Menerusi Surat Saman

Seorang lelaki Thailand bukan sahaja menerima surat saman malah kantoi apabila surat tersebut memaparkan dirinya sedang menunggang motosikal sambil dibonceng wanita yang bukan isterinya. Menurut Siam Variety, surat saman tersebut telah dihantar ke rumahnya bersama gambar bukti kesalahan trafik yang dilakukan. Nasib si suami terus bertambah malang apabila isterinya yang berada di rumah ketika itu…

Patuh 5 Perkara Ini Jika Anda Mahu Ke Thailand

Rakyat Malaysia yang bercadang untuk masuk ke Thailand menggunakan motosikal atau kereta diingatkan untuk mengikuti lima peraturan penting. Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand telah melancarkan kempen kesedaran terutamanya buat rakyat Malaysia yang kerap kali ke Thailand. Kempen tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran terutamanya kepada penunggang motosikal, pemandu kereta dan pelancong Malaysia agar tidak melakukan…

WHO: Jalan Raya Thailand Paling Merbahaya Di Asia Tenggara, India Paling Tinggi Kadar Kematian Di Seluruh Dunia

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan Thailand sebagai negara dengan kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara. India pula mempunyai kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di seluruh dunia. Kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian bagi kanak-kanak dan orang dewasa di bawah umur 29 tahun.