WHO: Jalan Raya Thailand Paling Merbahaya Di Asia Tenggara, India Paling Tinggi Kadar Kematian Di Seluruh Dunia

Sumber imej: nationmultimedia.com
  • Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan Thailand sebagai negara dengan kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara.
  • India pula mempunyai kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di seluruh dunia.
  • Kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian bagi kanak-kanak dan orang dewasa di bawah umur 29 tahun.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menerbitkan Laporan Status Keselamatan Jalan Raya Global 2018 mereka. Dalam laporan ini, Thailand masih kekal sebagai jalan raya paling merbahaya di Asia Tenggara, manakala India pula menyaksikan jumlah kehilangan jiwa tertinggi akibat kemalangan jalan raya.

Diterbitkan pada tahun 2018, laporan ini menunjukkan data yang dikutip daripada 175 buah negara pada tahun 2016.

Status Thailand sebagai jalan raya kedua paling merbahaya di dunia telah jatuh ke tangga ke-lapan dengan 32.7 kematian bagi 100,000 warga negara. Sejumlah 74.4% (16,178) daripada 21,745 yang kehilangan nyawa adalah penunggang/pembonceng kenderaan dua roda. Kemalangan jalan raya telah mengakibatkan kematian purata sebanyak 21,491 orang dalam negara pada setiap tahun.

Risiko Menyewa Motosikal Di Thailand Dan Cara Melindungi Diri Anda

Lapan buah negara Afrika dan sebuah negara Amerika Selatan menyertai Thailand dalam 10 Teratas.

Dari segi bilangannya pula, negara India merekodkan sejumlah 150,785 kematian. WHO percaya terdapat banyak lagi kematian yang tidak dilaporkan dan kemungkinan sejumlah 299,091 telah terbunuh di atas jalan raya India. Populasi negara berkenaan yang melebihi 1.3 billion telah menurunkan kadarnya kepada 22.6 bagi setiap 100,000 orang.

Sebagai perbandingan, China mempunyai jumlah keseluruhan kedua tertinggi untuk kematian akibat kemalangan jalan raya yang telah dilaporkan dengan 58,022 di kalangan 1.4 billion warganegaranya. Sekali lagi, WHO percaya jumlah anggaran sebanyak 256,180 telah terbunuh pada tahun 2016. Kadar kematian jalan raya China adalah 18.2/100,000.

Kadar kematian jalan raya di Malaysia masih lagi tinggi tetapi telah menunjukkan pengurangan dengan 23.6/100,000, dengan jumlah kemalangan yang dilaporkan pada 7,152 kes. Tiada jumlah rasmi yang dinyatakan dalam laporan ini, namun, ianya dipercayai bahawa sekitar 60% daripada kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan motosikal.

Jiran kita, Indonesia melaporkan 31,282 kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun berkenaan. Kemalangan jiwa melibatkan kenderaan dua roda menyumbang kepada 73.6% jumlah keseluruhan. Bagaimana pun, mereka mempunyai kadar kematian yang rendah, 12.2/100,000, oleh kerana populasi 261 juta mereka yang besar.

WHO turut menambah bahawa kemalangan jalan raya kini adalah punca utama kematian di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di bawah umur 29 tahun, dan ke-lapan tertinggi di semua peringkat umur. Dengan 1.35 juta kematian dicatatkan setiap tahun, lebih ramai yang kehilangan jiwa dalam kemalangan jalan raya berbanding kepada HIV/AIDS, tuberkulosis (batuk kering), dan penyakit cirit birit. Situasi ini semakin memburuk dan bagi setiap 24 saat, kita kehilangan seorang individu akibat kemalangan jalan raya.

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Dunia

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]