Risiko Menyewa Motosikal Di Thailand Dan Cara Melindungi Diri Anda

Kemalangan motosikal di Phuket – Sumber imej: The Phuket News

  • Satu pasangan dari Malaysia telah dituntut membayar pampasan sebanyak RM400,000 di Thailand selepas satu kemalangan trafik.
  • Mereka telah melanggar dan menyebabkan kematian warga tempatan sewaktu menunggang motosikal sewa.
  • Ianya satu kebiasaan di Thailand di mana warga asing dituntut untuk membayar pampasan tidak kiralah sama ada ianya salah mereka atau pun tidak.

Ayat ini sering kali diulang, kami menyedarinya, namun begitu, Thailand tetap menjadi tempat tarikan bagi penunggang motosikal Malaysia. Bagaimana pun, perlu diingatkan risikonya sekiranya anda ingin menyewa motosikal di sana. Thailand adalah negara kedua paling bahaya buat para pemandu dan penunggang.

Sahabat kami di laman Mekanika.com.my telah melaporkan tentang satu pasangan dari Malaysia yang telah menyewa sebuah motosikal di Krabi. Malangnya, impian mereka bagi percutian yang sempurna telah musnah apabila mereka terlanggar seorang warga tempatan. Pejalan kaki berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Mengikut budaya tempatan, keluarga mangsa perlu diberikan pampasan. Lebih-lebih lagi jika pihak terlibat adalah ‘Farang’ (warga asing), tidak kiralah sama ada ianya salah anda atau tidak. Pasangan berkenaan dipaksa membayar pampasan melebihi RM400,000! Jumlah itu telah dikurangkan menjadi RM200,000 selepas rundingan yang hangat. Pasanga berkenaan juga terpaksa membayar untuk kerosakan motosikal.

Insiden ini bukanlah yang pertama dan sudah pasti bukannya yang terakhir.

Kami telah melihat dan mendengar tentang penunggang negara kita ditipu dengan jumlah yang melampau di negara Thailand. Seperti mana insiden di atas, aslakan anda seorang Farang, anda yang bersalah.

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan diri ditipu?

Cara yang terbaik adalah untuk tidak menyewa motosikal langsung di Thailand. Tetapi, secara realistiknya, menyewa motosikal adalah cara terbaik untuk bergerak di sana. Jadi, jika perlu, sewalah dari kedai yang menawarkan perlindungan insurans. Insuransnya bukannya mahal sangat dan anda amat-amat memerlukannya.

Insurans apakah yang perlu saya dapatkan apabila saya menyewa motosikal?

Insurans Motor Wajib (Por Ror Bor): Ianya insurans wajib yang meliputi kemasukan dalam hospital. Kedai sewa perlu ada insurans ini bagi motosikal sewa mereka kerana ianya diwajibkan oleh pihak berkuasa Thailand. Minta sijil insurans ini.
Insurans Voluntari: Insurans ini meliputi kenderaan yang anda tunggang/pandu, atau kenderaan pihak ketiga yang terlibat, mengikut harganya.
Insurans Perjalanan: Insurans perjalanan sering kali tidak dihiraukan oleh kebanyakan warga Malaysia sewaktu mereka merantau ke mana sahaja di seluruh dunia dan bukan sahaja ke Thailand. Ianya tidak mahal dan boleh didapati di atas talian. Rujuklah agen insurans anda dan dapatkan insurans yang meliputi liabiliti peribadi anda terhadap tuntutan daripada pihak lawan yang terlibat dalam kemalangan.

Insurans apakah yang perlu saya dapatkan sekiranya saya menunggang motosikal sendiri?

Insurans Motor Wajib (Por Ror Bor): Ini adalah insurans yang kita bayar di sempadan, bersama dengan Permit Import Sementara, dan lain-lain (silan tekan di sini untuk artikel laman saudara kami berkenaan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Thailand). Ianya selalunya berjumlah antara RM18 hingga RM20 untuk 9 hari. Ia selalunya meliputi perlindungan sehingga THB80,000.
Insurans Voluntari: Ia boleh didapatkan di sepanjang jalan menuju masuk Thailand. Berhenti di mana-mana kedai dengan papan tanda “INSURANCE”, di sepanjang jalan raya di Changlun, sehinggalah ke Dannok (sekiranya anda memasuki melalui Bukit Kayu Hitam atau Wang Kelian). Ia juga boleh didapati di Betong.
Endorsement 101: Ini melanjutkan perlindungan insurans komprehensif Malaysia anda ke Thailand. Bagaimana pun, diingatkan bahawa ianya meliputi kerosakan terhadap kenderaan dan bukannya kecederaan badan. Selain itu, ianya hanya sah bagi motosikal dan kenderaan komersial. Akhir sekali, had liabiliti sehingga RM100,000 hanyalah untuk kerosakan harta benda pihak ketiga.
Insurans Perjalanan Peribadi: Tolonglah dapatkannya! Penulis sering menggunakan ‘AIG Travel Guard’ untuk perjalanan, tetapi anda boleh sahaja membuat carian Google untuk insurans perjalanan Malaysia. Ianya selalunya menelan belanja bermula dari RM30 untuk satu perjalanan.

kesimpulannya, ianya lebih baik untuk ada berbilang insurans daripada tiada insurans langsung.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.