Tindakan Bijak Penunggang Motosikal Menyelamatkan Diri

  • Saksikan tindakan penunggang motosikal menekan breknya sebaik sahaja trak mula hilang imbangannya.
  • Ini adalah satu contoh baik penunggangan yang peka dan bijak.
  • Sentiasalah menunggang dengan peka dan janganlah mudah terleka.

Kejadian ini berlaku di Thailand dan lihatlah bagaimana penunggang motosikal terbabit menekan breknya sipi-sipi sebelum kontena trak mula terbalik.

Penunggang motosikal dalam video tersebut peka dengan keadaan sekelilingnya dan oleh kerana itu dia berjaya menekan breknya sebaik sahaja dia melihat trak tersebut hilang imbangannya. Sedikit lagi dia hampir ditimpa oleh kontena trak terbalik tersebut. Di samping itu, dia melihat keadaan sekeliling bagi memastikan kedudukan kenderaan yang lain dan menunggang lebih sedikit ke hadapan, berbanding hanya terpegun di situ dan meletakkannya dalam keadaan bahaya yang menyebabkannya dilanggar dari belakang. Dalam keadaan yang mencemaskan dan penuh dengan adrenalin ini, dia berjaya mengambil tindakan yang tepat.

Kita sering kali bertemu dengan penunggang motosikal yang leka mengelamun dan tidak peka dengan keadaan sekeliling mereka. Pada waktu inilah mereka selalu mendapati diri sudah berada di tengah-tengah laluan memotong, dan diekori rapat oleh kenderaan berat.

Tidak memberikan perhatian penuh juga akan menyebabkan waktu reaksi yang lebih lembab. Dan semestinya kerana itu, ia akan membawa kecelakaan.

Jadi, sentiasalah peka dengan keadaan sekeliling dan tungganglah dengan bijak, seperti penunggang dalam video di atas. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Sumber: Kenneth Hiew

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.