Kawasaki Motors Malaysia Lancar Z250 Dan Z400!

 

 

Model ‘supernaked’ yang paling dinantikan peminat jentera dua roda akhirnya telah tiba di Malaysia!

Kawasaki Motors Sdn. Bhd bersama-sama Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Dato Haji Muyiddin Bin Haji Muhammad Yassin telah melancarkan model Z 250 ABS dan Z 400 ABS dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, hari ini.

 

Kedua-duanya telah dinaik taraf dengan enjin yang lebih berkuasa dan tunggangan yang lebih dinamik di tambah dengan sistem ABS yang didatangkan secara ‘standard’ sekaligus menjadikan dua model ini memiliki keseimbangan dan pengawalan tinggi!

Berbanding model sebelum ini, enjin baharu ini memiliki kuasa yang lebih tinggi di semua peringkat RPM.

Penunggang juga akan merasai kelancaran tunggangan di samping respon yang lebih cepat daripada enjin.

Model Z250 ABS menghasilkan 36.4 hp pada 23 Nm sementara Z400 ABS menghasilkan 44.3 hp.

Disebabkan kedua-dua model menggunakan enjin yang baharu, Kawasaki telah mengoptimumkan saiz, berat dan tahap efisien enjin lantas model Z400 memiliki saiz enjn yang hampir sama dengan model Z250 meskipun bersasaran lebih besar.

Z250 kini hanya 165kg, 5kg lebih ringan berbanding model sebelum ini sementara Z400 (167kg), 3kg lebih ringan berbanding model Z300 ABS.

Senarai harga:

Kawasaki Z250 ABS – RM21, 998

Kawasaki Z400 ABS – RM28, 755

Majlis pelancaran turut disusuli dengan acara tandatangan oleh YB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin bagi meraikan ulang tahun ke-30 Kawasaki Motors (Malaysia).

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.