Patuh 5 Perkara Ini Jika Anda Mahu Ke Thailand

Rakyat Malaysia yang bercadang untuk masuk ke Thailand menggunakan motosikal atau kereta diingatkan untuk mengikuti lima peraturan penting.

Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand telah melancarkan kempen kesedaran terutamanya buat rakyat Malaysia yang kerap kali ke Thailand.

Kempen tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran terutamanya kepada penunggang motosikal, pemandu kereta dan pelancong Malaysia agar tidak melakukan sesuatu sehinggakan berdepan tindakan undang-undang.

Berikuat lima peraturan yang harus dipatuhi rakyat Malaysia:

1)  Dilarang merokok di 26 kawasan pantai popular

Februari lalu, kerajaan Thailand telah mengharamkan orang ramai daripada menghisap rokok di 26 kawasan pantai. Sekiranya didapati bersalah, pesalah akan dikenakan denda 100,000 Baht atau satu tahun penjara.

2) Dilarang menghisap rokok elektronik atau ‘vape’

Pihak berkuasa Thailand memandang serius larangan membawa rokok elektronik dan sekiranya dicekup, pesalah akan berdepan lima hingga 10 tahun penjara!

3) Dilarang menggunakan ‘walkie-talkie’ yang tidak berdaftar

Baru-baru ini seorang rakyat Malaysia berdepan nasib malang apabila dipenjarakan ekoran didapati membawa ‘walkie-talkie’ yang tidak berdaftar.

Wan Mohd Amirul Adib, yang bertugas sebagai pemandu pelancong ditahan pihak berkuasa Thailand ekoran kesalahan membawa alat terbabit.

4) Wajib mendaftarkan kenderaan (motosikal/kereta)

Selain perlu memiliki lesen yang sah, anda perlu mendaftarkan kenderaan sebelum memasuki Thailand.

5) Beli insurans perlindungan kenderaan

Kebiasaannya, insurans yang dibeli apabila memasuki Thailand adalah insurans orang ketiga (third party insurance) namun jika ada sebarang kejadian berlaku, insurans ini tidak akan memberi pampasan sepenuhnya dan nilai perlindungan hanyalah THB80,000 (RM10,302).

Jadi orang ramai dinasihatkan untuk membeli insurans komprehensif (first party insurance) kerana nilai perlindungan adalah diantara THB600,000 (RM77,271) hingga THB1,000,000 (RM128,000).

Dinasihatkan agar semua rakyat Malaysia mengikuti peraturan ditetapkan agar insiden yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.