Team Suzuki Ecstar telah melancarkan jentera Suzuki GSX-RR 2019 bagi MotoGP musim 2019. Para penunggangnya adalah veteran pasukan Suzuki selama tiga tahun, Alex Rins dan penunggang rookie, Joan Mir. Motosikal GSX-RR 2019 telah dipertingkatkan dalam beberapa buah bahagian utama tanpa menjadkannya sebuah jentera serba baharu.
Tag: Team Suzuki Ecstar
Alex Rins dan Suzuki merupakan yang terpantas selepas FP2 pada hari Jumaat. Keputusan yang memberangsangkan ini telah diperolehi mereka walaupun jentera Rins telah mengalami kebakaran di lorong pit semalam. Kedua-dua sesi FP1 dan FP2 berlangsung dalam keadaan cuaca kering.
Andrea Iannone akan meninggalkan Team Suzuki Ecstar pada penghujung musim MotoGP 2018 ini. Penunggang dari Itali tersebut juga telah menyatakan bahawa masa depannya dalam kelas premier ini akan ditentukan dalam minggu yang berikutnya. Pasukan pengilang Suzuki tersebut kini sedang berusaha memikat juara dunia Moto3 2017 dan kini sedang bersaing dalam Moto2, Joan Mir.
Marc Marquez (Repsol Honda) telah berjaya memenangi perlumbaan MotoGP keduanya pada musim ini di hadapan penonton senegaranya sewaktu GP Sepanyol 2018. Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso, dan Dani Pedrosa telah terlibat dalam satu pertembungan dan terbabas sewaktu bertarung bagi mendapatkan tempat ke-dua. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) merebut peluang…
Marc Marquez (Repsol Honda) berjaya merangkul kemenangan perlumbaan keenamnya yang berturut-turut di litar Circuit of the Americas awal pagi ini. Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) berjaya mendapat rentaknya semula dan menamatkan perlumbaannya di tempat ke-dua. Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) berjaya mendapatkan tempat di atas podium buat pertama kalinya dalam dua perlumbaan berturut-turut untuk pasukan…
Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Viñales, telah diangkat ke Petak Pertama. Penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, telah menetapkan masa terpantas namun akan bermula dari tempat ke-empat setelah dia dikenakan dengan hukuman tiga tempat di atas grid. Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) dan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) melengkapkan barisan hadapan.
Ketua pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Lin Jarvis, mahu penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, dikenakan dengan hukuman yang lebih berat. Berikutan ‘penunggangan merbahaya’ Marquez pada hujung minggu yang lalu di Argentina, Yamaha tidak berpuas hati dengan hukuman ringan yang telah dikenakan. Gaya penunggangan Marquez pada hujung minggu itu telah menyebabkan pertembungan dengan beberapa orang…