MotoGP: Andrea Iannone Sah Bakal Berpisah Dengan Suzuki

  • Andrea Iannone akan meninggalkan Team Suzuki Ecstar pada penghujung musim MotoGP 2018 ini.
  • Penunggang dari Itali tersebut juga telah menyatakan bahawa masa depannya dalam kelas premier ini akan ditentukan dalam minggu yang berikutnya.
  • Pasukan pengilang Suzuki tersebut kini sedang berusaha memikat juara dunia Moto3 2017 dan kini sedang bersaing dalam Moto2, Joan Mir.

Penunggang MotoGP, Andrea Iannonen, telah mengesahkan yang dia akan berpisah dengan pasukan pengilang Suzuki (Team Suzuki Ecstar) pada penghujung musim ini. Walaupun dia telah menghadiahkan pasukan pengilang dari Hamamatsu itu dengan dua penamat di atas podium berturut-turut sejak mereka kembali semula ke kelas premier, nampaknya kedua-dua belah pihak telah pun tetap dengan keputusan masing-masing.

Menurut penunggang dari Itali tersebut, “Tahun ini bermula dengan baik sekali, namun, tahun lalu teramatlah sukar bagi kami, jadi kami memilih untuk berpisah, tetapi, saya akan berusaha sebaik mungkin bermula sekarang sehingga penghujung musim dan Suzuki akan terus menyokong saya sebanyak 100% sehingga pusingan Valencia.”

Mengenai masa depannya dalam MotoGP, Iannone menyatakan bahawa semua akan disahkan dalam masa seminggu (kami ramalkan yang dia akan menyertai Aprilia). Persoalannya kini siapakah yang bakal menggantikannya sebagai teman sepasukan Alex Rins di Suzuki? Jika anda bertanya pada pengurus pasukan, Davide Brivio, mereka kini sedang dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Joan Mir.

Usaha mendapatkan Mir itu bukannya satu rahsia dan dengan prestasinya yang amat mengagumkan itu dalam Moto3 pada musim yang lalu dan kepantasannya menserasikan diri dengan kelas Moto2 pada musim ini, Joan Mir pasti akan bersaing dengan para pelumba utama tidak lama lagi. Walaupun belum ada lagi berita yang disahkan buat masa ini, kita mungkin sahaja akan mengetahuinya secara rasmi menjelang pusingan berikutnya di Catalunya.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

Sumber imej: MotoGP

Pasukan Petronas Yamaha MotoGP Bakal Ditubuhkan Dengan Jorge Lorenzo dan Hafizh Syahrin?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.