10 “Superman” Dicekup, Masuk Lokap

Samseng jalanan yang membuat aksi “superman” di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), telah ditahan semalam (Ahad) dalam Operasi Khas Samseng Jalanan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 12.40 tengah malam. Menurut laporan Sinar Harian, tangkapan pertama membabitkan empat penunggang berusia 17 hingga 20…

Tiada Lagi Aktiviti Rempit di Pulau Pinang – Polis

Polis Pulau Pinang mengesahkan tiada aktiviti lumba haram membabitkan pelesit rempit terutama pada malam hujung minggu di kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negeri susulan pemantauan berterusan agensi terbabit. Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, sejak tiga minggu lalu pihak polis mendapati peratusan aktiviti membabitkan lumba haram oleh kumpulan bermotosikal telah menurun dengan…

Pasangan Kembar Ditahan Tunggang Motosikal Aksi Superman

Ghairah melakukan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal membawa padah kepada pasangan kembar apabila mereka ditahan polis, petang tadi. Kembar berusia 20 tahun dari Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, Dungun, itu ditahan ketika berhenti di hadapan sebuah stesen minyak jam 4.30 petang. Ketua Polis Daerah Kuala Berang, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata terdahulu pihaknya…

Tujuh Kali Disaman, Masih Tak Serik

Seorang remaja yang ditahan ketika berlumba dengan sekumpulan penunggang motosikal di Gunung Keriang, Kedah, mengaku pernah dikenakan tujuh saman dua tahun lalu. Namun begitu, pelajar tingkatan empat itu masih tidak serik untuk menunggang motosikal secara berbahaya dan terbabit dengan lumba haram. Dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah…

Sembilan Remaja Merempit Berkonvoi ke Dungun Ditahan

Tindakan sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya sewaktu berkonvoi untuk bersiar-siar di Pantai Sura, Dungun menerima padah apabila ditahan polis pada kelmarin. Mereka diekori sepasukan polis sejauh kira-kira 29 kilometer dari Kampung Jambu Bongkok di sini sebelum ditahan di Jalan Pantai Sura, Dungun. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sembilan…

Perlumbaan Jalanan Haram Sukar Untuk Diperangi – Ahli Psikologi Trafik

Lumba jalanan haram kekal sebagai jenayah biasa di negara-negara di seluruh dunia, tetapi menurut seorang pakar psikologi trafik, “tiada penyelesaian sebenar” untuk masalah sejagat ini. Presiden Persatuan Psikologi Lalu Lintas Jerman, Wolfgang Fastenmeier, mengatakan bahawa pendekatan pendidikan memang wujud, seperti “kursus kemalangan” di mana pemandu laju dimaklumkan tentang akibat kemalangan jalan raya. Tetapi tidak jelas…

Rampas Motosikal Terlibat Lumba Haram – Pakar

Isu mat rempit atau perlumbaan jalanan haram tidak boleh diabaikan dan mesti ditangani dengan segera, kata seorang pakar kriminologi terkemuka. Datuk Dr P. Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia berkata aktiviti itu mengancam keselamatan awam kerana ia membahayakan pengguna jalan raya dan penunggang sendiri. Beliau berkata pelumba jalanan ini agresif dan ganas terhadap pengguna jalan raya…

Rancak ‘Fly’ Di KL, Tujuh Lelaki Ditahan JSPT

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah menahan 25 individu atas pelbagai kesalahan trafik dalam satu operasi mingguan yang dijalankan di Kuala Lumpur, pada Sabtu. Operasi melibatkan 80 pegawai termasuk anggota polis itu turut menyaksikan 660 saman telah dikeluarkan. Turut ditahan tujuh lelaki selepas didapati menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan zig-zag, roket…

Cikgu Sekolah Antara Dikenal Pasti Dalam Video Tular

Seorang guru sekolah telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini. Menurut laporan akhbar tempatan, suspek yang memuat naik video tersebut pada 13 Disember 2021 dikesan berada di Kuala Lumpur. Tambahan lagi, salah seorang daripada penunggang motosikal terbabit merupakan seorang…