Program Karakuri MARii dan Perodua sasar peningkatan ekosistem automotif negara

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersama Perodua baru sahaja menamatkan Program Karakuri MARii dimana 30 peserta dari 15 syarikat telah dianugerahkan dengan sijil selesai program oleh CEO MARii, Dato’ Madani Sahari. Menurut Dato’ Madani Sahari, “Industri automotif hanya boleh berkembang apabila terdapat usaha bersama dalam keseluruhan ekosistem automotif. Program MARii Karakuri adalah contoh…

Perodua sumbang 50 Myvi kepada Bomba & institusi pengajian tinggi!

Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara (untuk kegunaan dalam latihan dan penyelidikan), menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh mereka. 25 institusi pendidikan tinggi ini merangkumi universiti, institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.

Perodua Myvi GT – Konsep ‘garang’ luar biasa!

Dari 23 November hingga 2 DIsember 2018, Kuala Lumpur International Motor Show 2018 atau KLIMS 2018 akan berlangsung di MITEC KL (Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia) di mana terdapat beberapa kereta konsep menarik dapat dilihat. Antara yang paling menarik merupakan Perodua Myvi GT yang telah diubahsuai sebagai sebuah model yang ‘sporty’ dan juga garang.