Perodua Axia STYLE Mula Terima Tempahan Di Sri Lanka

Perodua Axia STYLE buat penampilan sulung di Pameran Motor Colombo Seylan, Sri Lanka hari ini sekaligus menandakan model baharu itu bakal dipasarkan di negara terbabit. Pengedar Perodua di Sri Lanka, Unimo-Enterprise memaklumkan bahawa pihaknya telah pun menerima tempahan bagi model baharu tersebut dengan penghantaran akan bermula tahun depan. Varian Perodua Axia 2019 itu ditawarkan dengan…

Perodua Axia 2019 Terima Lebih 5,000 Tempahan, Pembelian Berbaloi?

Orang ramai pastinya telah sedia maklum dengan pelancaran Perodua Axia 2019 yang berlangsung Jumaat lalu. Meskipun Perodua terpaksa menangguhkan acara tahunan terbesar, MYPerodua Nation atas faktor jerebu, pelancaran Axia 2019 sedikit sebanyak mencerahkan senario pasaran kereta nasional. Perodua Axia 2019 didatangkan dengan enam varian – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE –…

Faktor Jerebu, MYPerodua Nation Ditangguh

Perodua membuat keputusan untuk menangguhkan MYPerodua Nation – yang sepatutnya berlangsung 20 hingga 22 September ini susulan – masalah jerebu yang melanda negara. Meskipun MYPerodua Nation merupakan acara terbesar bagi pengeluar kereta nasional kedua itu namun bacaan tidak sihat Indeks Pencemaran Udara (IPU) menjadi kekangan utama. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad…

Kiken Yochi Fokus Baharu Kempen Keselamatan Perodua Bersama PERKESO

Selepas Program Keselamatan Jalan Raya di musim perayaan lalu berakhir, Perodua terus mempergiat usaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya apabila menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Perodua telah melancarkan Kempen ‘Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja’ Peringkat Kebangsaan PERKESO 2019 yang dirasmikan Menteri Sumber Manusia YB M Kula Segaran yang turut dihadiri Ketua Setiausaha…

Perodua Bersama KPDNHEP Tekad Banteras Penjualan Alat Ganti Tiruan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meluahkan rasa bimbang terhadap pelambakan alat ganti tiruan yang terdapat dalam pasaran ketika ini. “Kami sedar bahawa terdapat banyak alat ganti tiruan menggunakan logo Perodua ketika ini dan ada sebahagian daripadanya sukar untuk dibezakan dengan alat ganti tulen antaranya, minyak pelinciri, penapis minyak, penyerap hentakan dan pad brek. Senario…

Proton, Perodua Kembali Terajui Pasaran Kereta Negara

Pengeluar kereta tempatan, PROTON dan Perodua bingkas muncul sebagai peneraju pasaran kereta negara tatkala orang ramai kini beralih kepada kenderaan mampu milik. Menurut laporan AmInvestment Bank Research, kebangkitan jenama tempatan berpunca terhadap kejayaan penjualan model Perodua Myvi generasi ketiga (2017) dan Proton X70 yang kini semakin popular. “Sejak 2014, margin keuntungan jenama antarabangsa telah mengatasi…

20 Myvi Baharu Jadi Mangsa Kes Curi Tayar Di Pulau Pinang

Perodua Myvi merupakan kenderaan paling popular di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2005 dan peminat model bersaiz kompak itu kemudiannya disajikan dengan Myvi serba baharu pada 2018. Bagaimanapun, tanpa disedari, model baharu itu turut medapat tempat dalam hati pencuri di Malaysia. Menurut laporan Guan Ming, lebih 20 unit Myvi baharu telah kehilangan tayar di Pulau Pinang…

Perodua Mahu Tingkat Kesedaran Pemakaian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Perodua akan bergerak secara agresif bagi mengetengahkan kepentingan pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan sebelum penguatkuasaan bermula pada tahun 2020. Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim berkata kesedaran orang ramai terutamanya ibu bapa terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di tahap membimbangkan. “Kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap penggunaan…