Hukuman Lebih Berat Perlu Dikenakan Terhadap Pemandu Mabuk – Bukit Aman

Demikian kenyataan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Azisman turut mendedahkan pihak PDRM akan bertemu dengan Kementerian Pengangktan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membincangkan masalah ini. Mengikut Seksyen 45A(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, memandu dalam keadaan mabuk akan berdepan denda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih dari…

Redah 200KM Dengan YSuku Tanpa Lesen, Hasrat Jumpa Tunang Tergendala

Hajat seorang lelaki yang bertindak menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR (YSuku) sejauh 200km untuk berjumpa dengan tunangnya tidak kesampaian apabila disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka. Menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut yang bekerja sebagai mekanik ditahan ketika operasi bersepadu di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ). Mekanik berusia 22 tahun itu difahamkan sedang dalam perjalanan dari…

Haramkan Motosikal Bawah 250cc – Shahrim Tamrin

Demikian kenyataan dibuat aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin, menurut laporan The Malaysian Insight. Menurutnya, motosikal berkapasiti rendah terutamanya kapcai menjadi penyumbang kepada kemalangan dan menggesa kerajaan untuk membenarkan hanya skuter elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 80km sejam di atas jalan raya. “Negara lain seperti China dan Taiwan sudah haramkan motosikal kapcai,” katanya. Hakikatnya, motosikal…

Geng Basikal Lajak Berusia 9 Hingga 15 Tahun Kena Cekup Di Kajang

Pihak polis telah menahan seramai 13 kanak-kanak berusia dari sembilan hingga 15 tahun di Kajang, kelmarin apabila didapati menunggang basikal dalam keadaan berbahaya. Kumpulan kanak-kanak tersebut – yang masing-masing menunggang sebuah basikal lajak – telah ditahan apabila didapati mengayuh menuruni bukit di sepanjang Jalan Impian Makmur. Aktiviti mereka telah disedari pihak berkuasa yang sedang menjalankan…

Kes Lantai Bas Berlubang, PUSPAKOM Dan PDRM Jalin Kerjasama

Susulan kejadian lantai bas berlubang yang meragut nyawa adik Wan Mohammed Adam Mohd Suria, pihak PUSPAKOM memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyampaikan butiran pemeriksaan penuh bas tersebut. PUSPAKOM yakin laporan tersebut dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan yang lebih mendalam. Pada masa sama, PUSPAKOM turut akan bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)…

Op Selamat: 14,000 Kemalangan, 159 Kematian Dalam Tempoh 9 Hari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan bahawa lebih 14,793 kemalangan jalan raya berlaku – melibatkan 20,903 kenderaan – sejak bermulanya Op Selamat pada 29 Mei lalu hingga 6 Jun 2019. Menurut laporan tersebut Selangor merekodkan kemalangan tertinggi dengan 4,057 diikuti Johor (2,259) dan Kuala Lumpur (1,895). Sementara itu, 159 kematian dilaporkan dengan 49 mengalami kecederaan serius…

Ops Selamat: Denda Maksimum RM300 Menanti Pesalah Trafik

Pengguna jalan raya digesa untuk mematuhi segala peraturan jalan raya ekoran pihak berkuasa telah menetapkan saman maksimum RM300 ketika Ops Selamat bagi musim raya ini. Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa tiada diskaun terhadap sebarang saman yang dikenakan sempena musim perayaan ini. Menurut laporan The Star, pihak berkuasa juga akan lebih tegas terhadap…

PDRM Saran Orang Ramai Isi Borang Balik Kampung

Sempena sambutan Hari Raya yang semakin menghampiri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa agar orang ramai mengisi borang keselamatan sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Borang tersebut yang boleh dimuat turun di SINI, akan memudahkan pihak polis membuat pemantauan di kawasan perumahan agar dapat mengelakkan daripada kejadian jenayah berlaku. Inisiatif Borang Maklumat Balik Kampung itu sedikit sebanyak…

IPK Selangor Tampil Ber-Bezza dengan Perodua

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) telah menyumbang tiga buah kereta Perodua Bezza kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk digunakan sebagai kereta peronda.  Ketiga-tiga kereta terbabit – yang telah pun dilengkapi dengan peralatan polis – bakal ditempatkan di JPJKK Bukit Aman dan IPD Hulu Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’Zainal Abidin Ahmad berkata sumbangan dilakukan adalah…