Geng Basikal Lajak Berusia 9 Hingga 15 Tahun Kena Cekup Di Kajang

Pihak polis telah menahan seramai 13 kanak-kanak berusia dari sembilan hingga 15 tahun di Kajang, kelmarin apabila didapati menunggang basikal dalam keadaan berbahaya.

Kumpulan kanak-kanak tersebut – yang masing-masing menunggang sebuah basikal lajak – telah ditahan apabila didapati mengayuh menuruni bukit di sepanjang Jalan Impian Makmur.

Aktiviti mereka telah disedari pihak berkuasa yang sedang menjalankan Ops Basikal Lajak bagi membendung gejala itu dikawasan terbabit yang dianggap popular dikalangan geng basikal lajak.

Insiden yang berlaku pada jam 6 petang itu turut menyaksikan kesemua 13 basikal disita sementara kesemua kanak-kanak yang ditahan telah pun diserahkan kepada ibu-bapa masing-masing.

Individu yang didapati menunggang basikal secara berbahaya boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 di bawah Peraturan Lalu Lintas 1959.

Bagaimanapun, jika pesalah didapati masih bawah umur, ibu bapa boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda RM20,000 di bawah Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001.

(SUMBER: Malaysiakini)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply