IPK Selangor Tampil Ber-Bezza dengan Perodua

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) telah menyumbang tiga buah kereta Perodua Bezza kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk digunakan sebagai kereta peronda. 

Ketiga-tiga kereta terbabit – yang telah pun dilengkapi dengan peralatan polis – bakal ditempatkan di JPJKK Bukit Aman dan IPD Hulu Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’Zainal Abidin Ahmad berkata sumbangan dilakukan adalah tanda penghargaan kepada negeri Selangor yang telah menjadi rumah Perodua selama 26 tahun.

“Selama 26 tahun Perodua bertapak di Selangor, kami dapat beroperasi secara efektif tanpa rasa bimbang kerana usaha keras Polis Diraja Malaysia dan khususnya IPK Selangor dalam menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat.

“Kami berharap agar sumbangan kami dapat diterima oleh pihak IPK Selangor sebagai tanda terima kasih kami di atas keteguhan, keadilan, dedikasi dan keberanian mereka. Setinggi penghargaan buat mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato ‘ Zainal Abidin Ahmad.

Penyerahan ketiga-tiga kenderaan tersebut diadakan di IPK Selangor, Shah Alam.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply