GP Qatar 2019: Siapa Juara Pilihan Musim Ini?

 

Saingan MotoGP musim 2019 akan membuka tirai hujung minggu ini di Litar Losail, Qatar dengan juara bertahan, Marc Marquez, bakal turun memburu kejuaraan keenam dalam tempoh tujuh tahun.

Bagaimanapun, GP Qatar bukan penentu dalam pencarian juara musim ini sepertimana dibuktikan tahun lalu apabila Andrea Dovizioso muncul juara sementara Marquez akur di tempat kedua.

Pelumba veteran, Valentino Rossi memiliki rekod paling baik di Litar Losail namun dia gagal muncul juara keseluruhan sejak tahun 2009.

Fakta menarik menuju musim baru menurut Opta:

13 – Litar Antarabangsa Losail bakal menganjurkan saingan pembukaan MotoGP buat kali ke-13. Tiada litar lain yang menganjurkan aksi pembukaan sebanyak itu.

4 – Tiada pelumba lain yang muncul juara lebih empat kali di GP Qatar selain daripada Rossi dan Casey Stoner.

0 – Rossi tidak pernah memulakan perlumbaan di kedudukan pertama dalam semua empat kemenangan yang diraih di Qatar sepanjang kariernya.

4 – Hanya empat pelumba yang berjaya muncul juara MotoGP selepas memenangi aksi pembukaan di GP Qatar sejak 12 tahun lalu (Stoner 2007 dan 2011, Lorenzo 2012 dan Marquez 2014).

3 – Maverick Vinales menjuarai GP Qatar musim 2016 dalam perlumbaan sulung bersama pasukan Yamaha. Bagaimanapun, pelumba berusia 24 tahun itu hanya memenangi tiga daripada 35 perlumbaan setakat ini.

1 – Marquez memperoleh hanya satu kemenangan daripada enam percubaan di GP Qatar setakat ini.

196 – Selepas persaraan Dani Pedrosa, Dovizioso kini menjadi pelumba dengan paling banyak penampilan (196) di MotoGP tanpa sebarang kejuaraan.

1 – Buat kali pertama sejak musim 2011, hanya seorang wakil Britain akan bertanding. (Cal Crutchlow).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.