Kes Lantai Bas Berlubang, PUSPAKOM Dan PDRM Jalin Kerjasama

Advertisements
Sumber: Utusan Online

Susulan kejadian lantai bas berlubang yang meragut nyawa adik Wan Mohammed Adam Mohd Suria, pihak PUSPAKOM memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyampaikan butiran pemeriksaan penuh bas tersebut.

PUSPAKOM yakin laporan tersebut dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan yang lebih mendalam.

Pada masa sama, PUSPAKOM turut akan bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memeriksa keadaan bas tersebut terutamanya daripada aspek teknikal dalam masa terdekat ini.

Dua hari lalu, arwah bersama rakan kelas Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Tok Bok berada di dalam bas yang sedang menuju ke Bukit Keluang, Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya terjerumus ke dalam lubang yang terdapat pada lantai bas.

Mangsa kemudiannya maut susulan digilis tayar bas terbabit.

Menurut laporan Utusan, lubang tersebut telah dialas dengan papan dan karpet sebelum kejadian tersebut berlaku.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.