Ops Selamat: Denda Maksimum RM300 Menanti Pesalah Trafik

Pengguna jalan raya digesa untuk mematuhi segala peraturan jalan raya ekoran pihak berkuasa telah menetapkan saman maksimum RM300 ketika Ops Selamat bagi musim raya ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa tiada diskaun terhadap sebarang saman yang dikenakan sempena musim perayaan ini.

Menurut laporan The Star, pihak berkuasa juga akan lebih tegas terhadap pengguna jalan raya yang memandu laju, melanggar lampu merah, menggunakan lorong kecemasan, memintas di garisan berkembar dan memandu sambil menggunakan telefon.

Sumber imej: NSTP

Ops Selamat telah pun bermula pada 29 Mei dan akan berlangsung sehingga 12 Jun 2019 dengan seramai 4,500 pegawai daripada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman akan turun bagi memastikan kelancaran operasi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya mengesahkan tiada sebarang diskaun akan ditawarkan kepada pesalah trafik dengan tujuan untuk mendidik orang ramai agar lebih bertanggungjawab di atas jala raya.

ACP Zulkefly turut menasihatkan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal untuk mematuhi peraturan jalan raya dan lebih berhati-hati ketika musim perayaan ini.

Diharapkan penguatkuasaan yang lebih tegas ini dapat memastikan daripada tidak berlakunya insiden yang tidak diingini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.