Demak (DNC Asiatic) Memasuki Fasa Receivership, Menimbulkan Lebih Banyak Tanda Tanya

Demak (DNC Asiatic) kini telah memasuki fasa ‘receivership’ apabila Maybank cuba mendapatkan semula hutang yang telah mereka berikan. Ianya kini diketahui bahawa dua orang pengarah serta pengurus besar kilang di banting tidak dapat dikesan. Demak telah mengaut keuntungan sejak lima tahun yang lalu, walaupun memiliki beberapa buah liabiliti.

MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2018 Dilengkapi Klac AUTOMATIK?

MV Agusta telah melancarkan model MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2018 yang terkini dan didatangkan dengan sistem klac automatik. Dengan ciri “Smart Clutch System”, motosikal ini mampu mengaktifkan dan menyahaktifkan klac secara automatik bergantung kepada kemampuan rev enjinnya. Ringkasnya, sistem SCS ini membolehkan penunggang untuk berhenti dan memulakan perjalanan semula tanpa menyentuh klac.

MV Agusta Brutale 800 RR LH44 2018 Diperkenalkan

MV Agusta telah memperkenalkan MV Agusta Brutale 800 RR LH44 edisi terhad terkini mereka. Ini merupakan motosikal edisi terhad ketiga mereka yang mana mereka telah berkerjasama dengan juara Formula One, Lewis Hamilton. Motosikal Brutale 800 RR LH44 2018 dilengkapi dengan pengemaskinian gaya yang baharu menggunakan karbon fiber, billet aluminium, dan skema warna baru.

MV Agusta Kembali Ke MotoGP

Setelah 42 tahun menyepi diri dari persaingan MotoGP, MV Agusta telah mengesahkan kemunculan kembali mereka dalam kejohanan tersebut pada tahun 2019. Satu perjanjian 4 tahun telah dimeterai dengan pasukan Forward Racing yang akan menyaksikan mereka bersaing dalam Moto2. Jentera baru mereka akan memulakan pengujiannya pada bulan Julai bersama dengan enjin tiga selari 765cc terbaru dari…

MV Agusta Brutale 800 RR America 2018 Dilancarkan

Sebagai tanda penghormatan bagi motosikal MV S America 750 1975 yang asal, MV Agusta telah mengumumkan model MV Agusta Brutale 800 RR America 2018. Setiap model yang bernombor siri ini telah dilengkapi dengan kemasan warna merah, putih, dan biru bendera Amerika Syarikat. Motosikal ini akan disediakan bagi pasaran UK pada bulan Mei pada harga £15,940…

Berakhirnya Zaman Jentera Superbike MV Agusta F4

MV Agusta telah menyatakan bahawa mereka akang menghentikan pengeluaran motosikal superbike MV Agusta F4 menjelang hujung tahun 2018. Motosikal superbike MV Agusta yang berikutnya hanya akan tiba selepas tahun 2020, di mana jenama itu kini sedang menumpukan perhatian pada model empat silinder baru yang lain dahulu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, motosikal superbike baru…