Naik Taraf Ke Euro 5, MV Agusta F3 2021 Bakal Dilancarkan

Pengeluar motosikal Itali, MV Agusta bakal melancarkan F3 2021 yang telah dikemas kini bagi mencapai standard Euro 5.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov, MV Agusta F3 akan diperkenalkan dalam masa sebulan dari sekarang.

Meskipun naik taraf itu tertumpu kepada enjin namun dijangka MV Agusta akan turut memperkenalkan beberapa aspek lain.

“Kami telah laksanakan rekaan semula dan akan dilancarkan dalam masa sebulan dengan enjin dikemas kini ke Euro 5,” jelas Sardarov.

Kali terakhir MV Agusta F3 dikemas kini adalah pada 2018 apabila syarikat itu memperkenalkan F3 800 RC yang terhad kepada 350 unit.

Model RC itu menawarkan kuasa yang lebih tinggi, 153hp berbanding 148hp pada F3 sebelumnya.

Bukan itu sahaja, Sardarov turut mendedahkan mereka juga sedang giat membangunkan platform baharu dalam bentuk 950cc 3-cylinder.

“Platform baharu itu dijangka akan membuat penampilan pada 2022 dan akan dilancarkan bersama Dragster dan Brutale baharu.

“Enjin tersebut akan turut diguna pakai pada F3 dan Superveloce,” tambahnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]