MV Agusta Raikan Ulang Tahun Dengan Superveloce 75 Anniversario

Sempena ulang tahun ke-75, MV Agusta telah melancarkan Superveloce 75 Anniversario edisi terhad.

*MV Agusta Superveloce 75 Anniversario

Orang ramai yang berminat boleh memiliki sebahagian daripada sejarah sambutan ulang tahun MV Agusta dengan Superveloce 75 Anniversario yang terhad kepada 75 unit sahaja seluruh dunia.

*terhad kepada 75 unit seluruh dunia

Penjualan Superveloce 75 Anniversario ini akan bermula ada 15 November ini dan akan berjalan untuk 75 jam sahaja.

*memaparkan gabungan warna bendera Itali

MV Agusta Superveloce 75 Anniversario ini berkongsi enjin tiga silinder sama seperti F3 800 dan Superveloce 800 yang menjana 147hp pada 13,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 240km/j.

Jentera edisi terhad ini memaparkan warna bendera Itali dan grafik khas yang turut digabungkan dengan rim berwarna hitam dan emas.

Setiap pembelian MV Agusta Superveloce 75 Anniversario akan disertakan dengan sijil pengesahan (certificate of authenticity) di samping sistem ekzos tiga paip (khas untuk litar lumba sahaja), unit kawalan dengan pemetaan khas serta penutup khas.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]