110 Unit MV Agusta Superveloce Alpine Habis Terjual

MV Agusta berjaya menjual kesemua 110 unit jentera edisi terhad, Superveloce Alpine kurang beberapa jam selepas motosikal itu dilancarkan secara strim langsung.

Superveloce Alpine merupakan kerjasama MV Agusta bersama Alpine bagi meraikan kedua-dua jenama kerana sentiasa memberi penekanan terhadap aspek rekaan, kejuruteraan dan perlumbaan.

Ciri utama Superveloce Alpine adalah penggunaan warna ‘electric blue’ yang diinspirasikan daripada Alpine 110 di samping penggunaan teknologi terkini antaranya keterhubungan MV Ride App, GPS tracking dan beberapa aksesori premium lain.

Model ini dibina dengan bahan gentian karbon (carbon fiber) sebagai asas utama yang boleh dilihat di bahagian fairing bawah, fender depan dan belakang serta pelindung rantai manakala bahagian steering head memaparkan nombor unit edisi terhad dari 001 hingga 110.

Enjin 798cc 3-inline (kini Euro 5) menawarkan 147hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,100rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan yang boleh diakses menerusi quickshifter (up/down).

Antara ciri lain ditawarkan:

  • kerangka steel trellis dengan swingamr aluminium
  • fork depan Marzocchi (USD) 43mm
  • monoshock belakang Progressive Sach
  • tayar depan 120/70-17
  • tayar belakang 180/70-17
  • ABS Cornering Continental MK100

Sistem brek dikendalikan cakera brek (depan) 320mm dengan Brembo monoblock 4-piston dan 220mm (belakang) dengan kaliper Brembo 2-piston.

MV Agusta menawarkan Superveloce Alpine ini dengan harga EUR36,300 (RM179,900).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]