Sensor Pada Kereta Moden Gagal Kesan Kedudukan Motosikal – ACEM

Menurut kajian yang dijalankan di Eropah, sistem sensor yang terdapat pada kereta tidak dapat mengesan kehadiran motosikal secara efektif. Ketika ini, setiap kenderaan empat roda telah dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang boleh memudahkan pemanduan antaranya ‘automatic lane assist’, ‘adaptive cruise control’, dan sistem pemanduan separa autonomi. Bagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan Kumpulan Industri Motosikal Eropah…

Safety First Group Gesa Motosikal Guna Lorong Kiri, Hadkan Kelajuan Kepada 70km/j

Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) tidak bersetuju dengan cadangan untuk menghadkan penunggang motosikal kepada laluan paling kiri. Semalan, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, menyuarakan sokongan untuk menghadkan penunggang motosikal untuk menggunakan laluan paling kiri terutamanya di waktu puncak seperti disuarakan Safety First Group – sebuah badan yang fokus terhadap meningkatkan keselamatan jalan raya. Kumpulan tersebut telah…

Polis Buru Penunggang Degil Di Lebuhraya, Gesa Guna Lorong Motosikal

Seramai 162 penunggang telah ditahan dalam operasi motosikal OP Selamat yang dijalankan di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur pada jam 7 pagi, Rabu lalu. Menurut laporan Sinar Harian, sebanyak 227 saman POL 257 telah dikeluarkan bagi semua yang ditahan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Sha’riat mengesahkan rata-rata saman dikeluarkan atas…

Heaven MC: Kelab Motosikal Malaysia Dengan Tujuan Mulia

Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.