Polis Buru Penunggang Degil Di Lebuhraya, Gesa Guna Lorong Motosikal

Seramai 162 penunggang telah ditahan dalam operasi motosikal OP Selamat yang dijalankan di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur pada jam 7 pagi, Rabu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, sebanyak 227 saman POL 257 telah dikeluarkan bagi semua yang ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Sha’riat mengesahkan rata-rata saman dikeluarkan atas kedegilan penunggang yang tidak menggunakan lorong motosikal.

“Sebanyak 162 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak mengikut lorong motosikal dan 65 saman lagi atas pelbagai kesalahan lain,” jelasnya.

Azman turut menegaskan pihak berkuasa akan menjalakan penguatkuasaan secara ‘total enforcements’ terhadap penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya lebih-lebih lagi mereka yang tidak menggunakan laluan motosikal yang disediakan.

Dalam perkembangan sama, di antara 162 ditahan, seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan bukan sahaja kerana tidak memiliki lesen motosikal malah mempunyai 23 saman tertunggak termasuk sembilan waran tangkap yang masih aktif!

(SUMBER: Sinar Harian)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.