MINI Malaysia Imbau Kembali Pencapaian Sempena Ulang Tahun Ke-60

Sempena meraikan ulang tahun MINI ke-60, MINI Malaysia mengimbau kembali enam pencapaian dilakar terutamanya dalam membentuk budaya kontemporari.

Diperkenalkan pada tahun 1959, Mini bingkas menjadi ikon dalam dunia automotif. Lahir daripada nukilan Sri Alex Issigonis, kenderaan kecil ini mencetus revolusi serta membentuk acuan bagi industri automotif di dunia.

42 tahun kemudian, pada 2001, MINI mendapat nafas baharu apabila BMW Group memperkenalkan MINI sebagai jenama premium. Bagaimanapun, BMW memastikan ciri ikonik MINI dikekalkan apabila melancarkan MINI 3-Door Hatch hingga MINI 5-Door Hatch.

Selang tujuh tahun kemudian, MINI mendapat suntikan John Cooper Works lantas menghasilkan MINI John Cooper Works Clubman melalui pengambilalihan John Cooper Works (JCW) oleh BMW Group pada 2008.

MINI Countryman (02/2010)

Pada 2010, MINI memperkenalkan MINI Countryman – model pertama dalam keluarga MINI yang didatangkan dengan empat pintu. MINI Countryman merupakan esinambungan di antara konsep klasik MINI serta kenderaan SAV (Sports Activity Vehicle) yang moden. Model ini turut didatangkan dengan pilihan pacuan empat roda – MINI ALL4.

Tahun lalu, MINI memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid yang sulung. Langkah tersebut selari dengan pengeluar automotif lain dalam menghasilkan kenderaan elektrik bagi menuju masa depan yang baharu.

Tahun ini, sebagai penghargaan terhadap kejayaan MINI selama tempoh 60 tahun ini, MINI mempersembahkan reka bentuk Ulang Tahun ke-60 yang ikonik bagi mencerminkan asal usul Britishnya serta karakter MINI.

MINI akan meraikan ulang tahun ke-60, Julai ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.