Mercedes-Benz Malaysia Lancar S-Class Baharu – Harga Dijangka Bermula RM658,888

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan masa depan baharu mobiliti, Mercedes S 560e yang dilengkapi sistem Plug-In Hybrid dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Bandar Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, hari ini.

S 560e merupakan model S-Class yang julung kalinya didatangkan dengan enjin hibrid sekaligus menandakan permulaan baharu bagi kereta premium mewah bagi keluarga S-Class.

Sistem pemanduan hibrid yang terdapat pada S 560e menggabungkan enjin V6, 367hp dengan output elektrik 90kW (122hp). Model baharu ini mampu berjalan sejauh 50km hasil daripada bantuan bateri litium-ion baharu.

Meskipun bernadikan petrol dan elektrik, S 560e tetap menawarkan pengalaman mewah sepertimana yang ditawarkan model S-Class lain sebelum ini antaranya Nappa leather, trim ekslusif dan ‘high gloss walnut wood’ trim.

Rujuk spesifikasi penuh di bawah:

Model

S 560 e 

Silinder V6
Enjin (cc) 2,996
HP/RPM 476/5500-6000
Tork (Nm) 700
 0-100 km/h (s) 5.0 saat
Kelajuan Maksima (km/h) 250
Jarak Pemanduan EV  (km) 50
Kapasiti Bateri (kWh) 13.5
Onboard Charger (kW) 7.4
Durasi Pengecasan (hours) 6
Wallbox Charger – Duration (hours) 1.8
Estimated price RM 658,888

 

Pada masa sama, Mercedes-Benz Malaysia turut menyajikan pra-tonton istimewa bagi model Mercedes-Benz C-Class 300e dan Mercedes-Benz EQC.

C 300e merupakan varian baharu dalam keluarga EQ Power. Model ini didatangkan dengan powertrain hibrid plug-in paling menakjubkan yang merupakan perkembangan baharu bagi keluarga C-Class.

Model ini dilengkapi dengan enjin petrol 2-liter, 4-silinder in-line yang menghasilkan 211hp pada 5,500rpm. Enjin terebut bergerak seiring dengan motor elektrik (122hp) sekaligus menghasilkan kuasa sehingga 320hp pada 4,500-5,500rpm.

Meskipun Mercedes meletakkan C 300e sebagai kenderaan entry-level tetapi ia mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dibawah 5.4 saat dengan kelajuan maksima 250km/j.

Transmisi automatik 9G-TRONIC memastikan penjimatan tenaga yang efisien di samping menyampaikan tork ekstra ketika gear diturunkan ketika hendak melakukan pintasan.

Dalam perkembangan sama, Mercedes-Benz membentuk semula industri automotif dengan jenama EQ, sekaligus menerajui masa depan mobiliti baharu dengan pratonton EQC 400 4MATIC.

Sekali imbas, rekaan keseluruhan EQC 400 4MATIC tampak luar biasa dan unik. Model ini menawarkan kemampuan sebagai kenderaan harian dalam satu pakej istimewa; sebuah kenderaan elektrik dengan 100 peratus DNA Mercedes.

Rekaan yang jelas di samping penggunaan warna yang ikonik bagi jenama Mercedes, EQC menampilkan gaya elektrik yang ‘avant-garde’ namun dengan sentuhan mewah yang progresif.

Hasil daripada strategi operasi yang rumit, EQC mampu berjalan sejauh 450km – menurut NEDC.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.