JSPT Tahan 13 Pemandu Mabuk Di Kuala Lumpur

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah menahan seramai 13 lelaki ekoran didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam satu operasi yang diadakan di ibu negara, pada Sabtu. Perkara itu disahkan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh setelah pihaknya melakukan operasi di sekitar Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuh Raya…

Jatuh Motor Selepas Bergesel Dengan Basikal Di Lebuh Raya, Gadis 22 Tahun Maut Dirempuh Kereta

Seorang remaja perempuan telah menemui ajal setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan basikal lalu terjatuh dan dirempuh sebuah kereta di KM198.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Bagan Serai, Perak, semalam. Nurul Izzah Abdul Wahab, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang basikal alami patah kaki kanan. Menurut Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat,…

Zahid Hamidi Tak Setuju Cadangan Haramkan Kapcai Berprestasi Tinggi

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sememangnya antara ahli politik yang merupakan peminat jentera dua roda. Beliau juga pernah dilihat menunggang motosikal jenis Honda X ADV 750 sebelum ini. Bercakap tentang isu pengharaman motosikal kapcai berprestasi tinggi yang menjadi bualan hangat kebelakangan ini, Zahid Hamidi berpendapat saranan itu hanya akan membawa kesan buruk kepada negara. Baginya,…

KPN Risau Suzuki Raider R150 Fi Cecah 177km/j Atas Mesin Dyno, Cadang Haramkan Kapcai ‘Power’

Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani menzahirkan rasa bimbang terhadap motosikal kapcai berprestasi tinggi di Malaysia. Acryl Sani menyifatkan kapcai berprestasi tinggi itulah antara punca peningkatan kemalangan jalan raya. Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan sebelum ini yang mendedahkan Suzuki Raider R150 Fi mampu cecah 177km/j di atas mesin dyno. “Kenderaan (kapcai) seperti ini…

Gadis Maut Motosikal Langgar Tong Sampah PBT Di Bahu Jalan

Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas motosikal ditungganginya melanggar tong sampah yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kampung Delek, Klang, semalam. Dalam kejadian tersebut, mangsa Nurul Fazira Abdullah, 21 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah melanggar tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diletakkan di bahu jalan. Bagaimanapun, pembonceng, Elyana Nur Fatihah…

Kajian Terbaru Buktikan Lebih Stres Pandu Kereta Dari Tunggang Motosikal

Kajian daripada Institut Neurosains dan Tingkah Laku Manusia di Universiti California Los Angeles (UCLA) mendapati penunggang motosikal berdepan tahap stres yang lebih rendah berbanding pemandu kereta. Kajian tersebut dijalankan pada awalnya untuk mengkaji sama ada penunggang motosikal menunggang dengan perasaan takut berdepan kecelakaan jalan raya. Bagaimanapun, eksperimen tersebut secara tidak langsung membuktikan penemuan yang sebaliknya….

Bantuan Deposit 10 Peratus Beli Motosikal Baharu Menanti Pengundi PH Di Johor

Pakatan Harapan (PH) telah menawarkan bayaran deposit 10 peratus pembelian motosikal baharu bagi golongan B40 di Johor. Usaha itu merupakan antara inisiatif untuk memikat pengundi di samping membantu golongan B40 sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung di negeri itu pada 12 Mac ini. Namun, antara syarat dikenakan hanya individu B40 yang mahu…

Cikgu Sekolah Antara Dikenal Pasti Dalam Video Tular

Seorang guru sekolah telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini. Menurut laporan akhbar tempatan, suspek yang memuat naik video tersebut pada 13 Disember 2021 dikesan berada di Kuala Lumpur. Tambahan lagi, salah seorang daripada penunggang motosikal terbabit merupakan seorang…

Buka Pintu Kereta Di Tengah Jalan, Dua Wanita Kemalangan

Sejak kecil, kita sering diajar untuk melihat kiri dan kanan jalan sebelum melintas apatah lagi ketika keluar dari kenderaan. Nampaknya ada individu yang terlupa nasihat tersebut menyebabkan dia tanpa segan-silu membuka pintu dalam keadaan trafik yang sibuk sehingga menyebabkan kemalangan kecil. Menurut video yang kini berlegar di media sosial, insiden ini dikatakan berlaku pada 6…