Sensor Pada Kereta Moden Gagal Kesan Kedudukan Motosikal – ACEM

Menurut kajian yang dijalankan di Eropah, sistem sensor yang terdapat pada kereta tidak dapat mengesan kehadiran motosikal secara efektif.

Ketika ini, setiap kenderaan empat roda telah dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang boleh memudahkan pemanduan antaranya ‘automatic lane assist’, ‘adaptive cruise control’, dan sistem pemanduan separa autonomi.

Bagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan Kumpulan Industri Motosikal Eropah (ACEM) mendapati sebahagian daripada teknologi ini gagal mengambil kira kehadiran motosikal di jalan raya.

Menurut ACEM, sensor yang terdapat pada kereta sangat efisien dalam mengesan kenderaan yang lebih besar berbanding motosikal.

Berdasarkan kajian oleh RDW di Belanda pada 2016 mendapati terdapat beberapa sistem ‘adaptive cruise control’ yang gagal mengesan kehadiran motosikal di hadapan lalu boleh menyebabkan perlanggaran seandainya pemandu tidak memberikan tumpuan.

Menurut keputusan kajian ACEM, “Kereta moden tidak dilengkapi dengan kelengkapan yang efektif untuk mengesan motosikal. Beberapa kejadian kemalangan di Eropah dan Amerika Syarikat yang melibatkan kereta autonomi menandakan bahawa terdapat beberapa kerta yang gagal mengesan motosikal.”

Meskipun keputusan kajian ini membimbangkan namun turut disebut bahawa terdapat kenderaan yang dilengkapi sensor yang efektif.

Apa sekalipun, sebagai penunggang motosikal di Malaysia, amat penting untuk tidak mengharapkan pemandu untuk nampak kedudukan motosikal sebaliknya sentiasa elak daripada berada dalam kedudukan ‘blind spot’ kenderaan lain.

(SUMBER: Ride Apart)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]