Franco Morbidelli gembira berjaya memperolehi tempat yang ke-lima dalam pusingan MotoGP “Red Bull Grand Prix of the Americas”. Teman sepasukannya dan penunggang rookie, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-tujuh. Ini adalah satu keputusan yang amat memberangsangkan buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.
Tag: MotoGP 2019
Ketua pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal mengakui yang dia berasa “berang” dengan Hafizh Syahrin. Dia telah berkongsi perasaannya itu sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Hafizh Syahrin mensasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari teman sepasukan baharunya, Miguel Oliveira pada tahun ini.
Sesi FP2 bagi pusingan MotoGP Argentina 2019 telah menyaksikan 21 orang penunggang hanya dipisahkan dengan jarak masa satu saat. Andrea Dovizioso muncul terpantas dalam sesi ini. Jorge Lorenzo pula di tempat ke-21 dengan jarak masa 0.978 saat di belakang.
Gigi Dall”Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan penjelasan mengenai winglet lengan ayun sebelum bermulanya hujung minggu MotoGP Argentina. Data mendedahkan yang alat tersebut menyejukkan tayar belakang dengan purata 7º dan memberikan daya ‘downforce’ yang boleh diabaikan serendah 300 gram. Dall’Igna turut menyatakan yang Ducati mendapat ilham dari penempias air buatan Yamaha.
Isu berkenaan dengan kelengkapan aerodinamik dalam MotoGP bertambah hangat apabila Ducati memberi amaran akan mengusulkan bantahan terhadap winglet Honda. Menurut Ducati, winglet Honda mendatangkan bahaya atas beberapa sebab. Isu ini timbul kerana penglibatan Honda dalam bantahan penggunaan winglet Ducati pada lengan ayun jentera GP19 di Qatar.
Aprilia dan Gulf telah mengumumkan kerjasama mereka bagi menghadapi MotoGP musim 2019. Kedua-dua belah pihak mengalu-alukan kerjasama baharu ini. MotoGP musim 2019 akan bermula pada 10 Mac 2019.
KTM telah melancarkan ke semua pasukan Moto3, Moto2, dan MotoGP mereka bagi musim 2019. Mereka akan tampil dengan dua buah pasukan dalam MotoGP, di mana kedua-dua pasukan ini akan menggunakan jentera yang sama. Pasukan-pasukan ini adalah Red Bull KTM Factory Racing dan Red Bull KTM Tech 3 Racing.
Pada setiap tahun, kelas Moto3, Moto2, dan MotoGP akan mengadakan ujian pra musim. Antara ujian-ujian pra musim ini, perhatian yang lebih teliti telah diberikan kepada kelas MotoGP. Ianya teramatlah penting pada masa ini oleh kerana adanya had terhadap pengujian dan pembangunan sewaktu musim sedang berjalan.
Para penunggang Ducati telah membolot empat tempat teratas pada hari terakhir Ujian Pra Musim MotoGP 2019 Sepang. Empat penunggang Ducati berkenaan adalah antara enam penunggang yang telah memecahkan rekod catatan masa ujian sebelum ini. Ducati, Yamaha, dan Suzuki telah menguji reraup baharu mereka sewaktu ujian ini.