Aprilia Racing telah mendapatkan khidmat pengarah sukan Ferrari F1, Massimo Rivola, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pengurus yang sedia ada, Romano Albesiano, akan menumpukan perhatian ke arah aspek teknikal perlumbaan sebagai Pengarah Teknikal. Rivola telah berada dalam F1 selama 21 tahun dan telah bekerjasama dengan Sebastian Vettel dan Fernando Alonso.
Tag: MotoGP 2019
Terdapat banyak perubahan yang telah disenaraikan bagi MotoGP musim 2019. Antara perubahan tersebut adalah dari segi penunggang, sesi kelayakan, dan juga aspek teknikal. Perubahan-perubahan ini dijangka akan menjadikannya satu lagi musim yang mengujakan.
Pada bulan Jun yang lalu, Dani Pedrosa telah mengumumkan bahawa dia akan bersara dari perlumbaan MotoGP pada penghujung musim 2018. Dani, yang baharu sahaja memasuki usia 33 tahun, telah berjaya menaiki podium MotoGP sebanyak 33 kali, namun tidak pernah memenangi kejohanan dunia tersebut. Pasukan Bull KTM telah merebut peluang ini dan mengambil Dani sebagai penunggang…
Kalendar MotoGP bagi musim 2019 telah pun dikeluarkan. Buat kali ini, pusingan di Mexico dan Finland tidak disertakan. Musim 2019 akan bermula pada tarikh yang lebih awal.
Pasukan Petronas SIC MotoGP telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019. Untuk kelas MotoGP, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1. Bagi kelas Moto2 dan Moto3 pula, Khairul Idham Pawi bersama dengan Ayumu Sasaki dan John McPhee akan membawa cabaran ke atas grid perlumbaan bagi musim 2019.