Isu Kekecohan Di Litar, KBS Arah SIC Tutup Pintu

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi fokus utama minggu ini apabila terpalit dengan isu kekecohan yang berlaku sewaktu penganjuran perlumbaan drag baru-baru ini. MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021 yang dianjurkan pihak MUSC Motorsport telah terpalit dengan isu kegagalan pematuhan prosedur operasi standard dengan pihak penganjur turut dikenakan kompaun RM20,000. Ekoran kejadian itu,…

Moto2: Hafizh Syahrin Sah Bakal Terima Dana Dari KBS

Hafizh Syahrin mampu menarik nafas lega apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan dana kepada pelumba Moto2 negara itu. Difahamkan, dana tersebut akan disalurkan kepada Hafizh dalam masa terdekat. Dana tersebut berfungsi untuk membantu Hafizh dalam menampung kos perlumbaan bagi MotoGP musim 2020. Menurut KBS dalam satu kenyataan, dana tersebut akan diserahkan melalui Litar…

Mini Cub Prix KBS Dilancarkan Bagi Menyokong Pembangunan Sukan Perlumbaan Motosikal Di Peringkat Akar Umbi

Kejohanan Cub Prix Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS. Siri perlumbaan motosikal ‘pocket bike’ satu model ini adalah dengan kerjasama serta sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan. Ianya bertujuan untuk membangunkan tahap perlumbaan motosikal di peringkat akar umbi dengan bakat muda berusia 6-12 tahun.

“Satu Negeri, Satu Litar Lumba Dalam Masa 10 Tahun” – Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan pelan untuk sebuah litar lumba bagi setiap negeri dalam masa lima ke sepuluh tahun. Beliau yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat pengumuman tersebut pada hujung minggu lalu sewaktu pusingan pertama Cub Prix Malaysia 2018. Projek mereka yang sedang…