Honda telah memfailkan paten bagi teknologi ‘variable valve timing’ (VVT) baharu mereka. Adakah teknologi ini bakal dilengkapkan pada model CBR1000RR Fireblade baharu mereka? VVT menawarkan kuasa dan juga pematuhan kepada piawaian emisi.
Tag: honda
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja mengumumkan pilhan warna baharu bagi dua model Big Bikes tawaran mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Honda Rebel 500 dan juga Honda X-ADV. Menuju ke tahun 2019, Honda Rebel kini ditawarkan dengan dua warna baharu manakala terdapat satu lagu pilihan baharu untuk model Honda X-ADV.
Honda Malaysia telah menghadiahkan tujuh buah Honda City baharu kepada para pemenang peraduan kempen ‘Joy of Buying’ yang telah dijalankan dari 1 September hingga 31 Oktober 2018. Peraduan ini telah dijalankan sempena ulang tahun Honda yang ke-70 dimana Honda Malaysia memberi fokus kepada aspek membeli, menjual dan mereka dari konsep ‘3 Joys of Honda’.
Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) baru sahaja melancarkan Pusat Honda 3S terkini yang bertempat di Pasir Gudang, Johor oleh Yong Ming Motor Sdn Bhd (Yong Ming Motor). Ini merupakan pusat pameran Honda Malaysia yang ke-12 di Johor dan ke-97 di seluruh Malaysia untuk memastikan para pelanggan mendapat akses dan kemudahan yang lebih mudah di…
Kepada semua peminat kereta Honda di dalam negara, ini adalah berita baik untuk anda. Mulai sekarang hingga 31 Disember 2018, Honda Malaysia telah mengumumkan sebuah kempen hujung tahun yang bernama “HONDA 3XTRAORDINARY SAVINGS” dimana anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM50,000!
Honda Group of Companies Asia dan Oceania telah memperkukuhkan hala tuju mereka bagi perlumbaan motosikal di rantau berkenaan. Honda mensasarkan untuk menghasilkan lebih ramai penunggang serta mekanik bertaraf dunia melalui penglibatan mereka. Program ini meliputi hampir ke semua siri perlumbaan di rantau ini.
Honda telah melancarkan varian baharu bagi model HR-V mereka untuk pasaran Eropah iaitu Honda HR-V Sport 2019. Apa yang menarik pada model ini? Segala aspek prestasi telah dipertingkatkan terutamanya pada bahagian enjin dimana HR-V Sport didatangi dengan enjin 1.5-liter VTEC Turbo.
Ada peminat Honda? Suka kepada model Jazz dan CR-V? Jika anda hadir Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018, anda akan dapat melihat dua buah model konsep dari Honda Malaysia iaitu Honda Jazz dan CR-V Mugen Concept yang memberi imej dan rupa bentuk lebih garang dan ranggi.
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave 125i serba baharu. Motosikal kapchai 125cc yang versatil dan tahan lasak ini kini dilengkapi dengan reka bentuk yang segar dan moden. BSH telah menetapkan harga bagi motosikal Honda Wave 125i baharu ini bermula dari RM5,999 hingga RM6,299 (harga asas tidak termasuk cukai jalan dan insurans).