Honda CB125M Concept – Motosikal Mini Muktamad

  Motosikal Honda CB125M Concept telah dipersembahkan sewaktu acara pertunjukan EICMA 2018 di Milan baru-baru ini. Motosikal supermoto mini itu telah diperkenalkan bersama dengan saudara kembaranya, model Honda CB125X Concept. Antara spesifikasi yang ada pada motosikal Honda CB125M Concept ini adalah roda 17 inci Marchesini, tayar ‘slick’ Pirelli, dan ekzos SC-Project.

Honda CB125X Concept – Masa Depan Motosikal Adventure-Touring?

  Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.

Warna Baharu Buat Honda Africa Twin 2018 – Matt Ballistic Black Metallic!

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan pilihan warna serba baharu buat model Honda Africa Twin 2018 mereka. Warna Matt Ballistic Black Metallic yang baharu memperagakan daya tarikan yang lebih anggun dan menawan sesuai bagi penunggangan dalam bandar. Pilihan warna baharu ini hanya disediakan bagi model standard yang datang dalam sama ada transmisi Manual atau DCT,…

Motosikal Honda CBR250RR HRC 2019 Diperagakan!

Pusingan MotoGP di Motegi yang baru sahaja selesai menyaksikan peragaan motosikal Honda CBR250RR HRC 2019. Dilengkapi dengan skema warna tiga warna perlumbaan Honda, kemasan warna tersebut diinspirasikan oleh motosikal berkapasiti lebih besar, Honda CBR1000RR Fireblade. Skema warna ini masih dalam pertimbangan untuk pasaran Jepun, dan sekiranya ianya berjalan lancar, ianya akan boleh didapati menjelang bulan…