Honda CB650R 2019 Melengkapkan Rangkaian Neo Sports Café

  • Motosikal Honda CB650R 2019 telah diperkenalkan pada EICMA 2018.
  • Model ini dibina atas platform motosikal Honda CB650F.
  • Ia melengkapkan rangkaian Neo Sports Café Honda.

Honda telah mengusik kita dengan sebuah motosikal konsep Neo Sports Café 650cc sewaktu pertunjukan Paris Motorshow pada bulan lalu. Reka bentuknya telah mendapat pujian ramai, dan dengan ini menggerakkan pengeluar berkenaan untuk memperkenalkan motosikal Honda CB650R Neo Sports Café 2019 di pertunjukan EICMA.

Honda Neo Sports Café 650 Concept Breaks Cover

Seperti mana yang telah kami maklumkan sebelum ini, model CB650R ini dibina atas platform motosikal Honda CB650F dan CBR650F. Enjin empat selari dan kerangkanya tampak jelas sekali dalam gambar-gambar motosikal terbaru tersebut. Honda telah melengkapkan motosikal CB650F dengan rupa paras moden retro, seperti model CB1000R dan CB250R. Rangkaian Neo Sports Café kini telah pun lengkap.

Boon Siew Honda Lancarkan CB1000R Dan CB250R

Sila tekan pautan di bawah untuk membaca ulasan kami mengenai model Honda CBR650F.

Tunggang Uji Honda CBR650F 2018 Antara Dua Dunia

Sila tekan pautan di bawah untuk membaca ulasan kami mengenai model Honda CB650F.

Tunggang Uji Honda CB650F 2018: Si Serba Boleh

Namn begitu, Honda bukannya sekadar memberikan penggayaan yang baharu pada model CB650F. Sebaliknya, mereka telah merombak beberapa buah perincian pada motosikal tersebut.

Misalnya, fork pada motosikal CB650R Neo Sports Café adalah ‘Separate Function Forks’ (SFF) 41mm Showa. Model CB650 dan CBR650F pula menggunakan ‘Bending Valve Forks’ Showa. Selain itu, cakera brek hadapan CB650R diapit dengan angkup empat omboh pautan jejari.

Dari segi elektronik, model CB650R dilengkapi dengan sistem “Selectable Torque Control” Honda (pertama kali dilihat pada model Africa Twin), klac bantu dan gelincir, dan apa yang telah dinamakan oleh Honda sebagai instrumen “ultra moden”.

Enjinnya juga telah dikemaskini. Terdapat pemangkinan kuasa sebanyak 5%, menjadikannya keluaran kuasa sebanyak 95hp. Honda juga mendakwa beratnya adalah 6kg lebih ringan berbanding model CB650F.

Bila ianya akan tiba di Malaysia? Kami harap dalam masa yang terdekat!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.