BMW R 1250 GS Adventure 2019 Diperkenalkan Dengan Enjin Shiftcam

  • BMW R 1250 GS Adventure 2019 telah pun dilancarkan secara rasmi.
  • Ia akan dilengkapi dengan enjin ShiftCam 1,254cc.
  • Lampu LED dan skrin TFT 6.5 inci datang sebagai kelengkapan standard.

Kemunculan model BMW R 1250 GS Adventure 2019 mungkin bukan satu kejutan yang besar selepas pelancaran BMW R 1250 GS pada bulan September yang lalu.

BMW Motorrad Dengan Secara Rasminya Memperkenalkan Model R 1250 GS Dan R 1250 RT 2019 Baharu

Namun begitu, versi Adventure (yang lebih dikenali dengan nama “GSA”) adalah varian penting bagi pengeluar motosikal dari Bavaria itu. Varian GSA adalah motosikal adventure tourer jarak jauh bagi model tersebut.

Turut dijangkakan adalah kehadiran enjin Boxer 1,254cc dengan ShiftCam yang baharu. Enjin baharu ini akan meningkatkan keluaran kuasa motosikal tersebut kepada 136hp dan 143Nm, berbanding dengan enjin Boxer 1,198cc yang menghasilkan 125hp dan 125Nm.

Secara asasnya, teknologi ShiftCam menggunakan dua profil ‘cam lobe’ bagi mengendalikan keluaran kuasa dan penggunaan bahanapi berdasarkan beban enjin dan penggunaan pendikit.

BMW Motorrad Dengan Secara Rasminya Perkenalkan Enjin Boxer 1250cc Baharu

Bagi kelengkapan elektroniknya, model BMW R 1250 GS Adventure 2019 ini akan dilengkapi dengan ‘Hill Start Control’ (HSC), dan ‘Automatic Stability Control’ sebagai kelengkapan standard. Kelengkapan pilihan tambahan, pakej “Riding Modes Pro” memberikan dua mod penunggangan tambahan (Enduro dan Enduro Pro), beserta ‘Dynamic Traction Control’ (DTC).

Cornering ABS juga disediakan sebagai kelengkapan pilihan tambahan, diberi nama ‘ABS Pro’. Satu pilihan baharu bernama ‘Dynamic Brake Control’ (DBC) juga disediakan untuk para pelanggan. Ia dengan secara automatiknya akan memodulasi pendikit supaya daya kilas pacuan menggunakan daya kilasnya pada roda belakang bagi memberikan kestabilan tambahan sewaktu pembrekan.

Terdapat pelbagai lagi pilihan tambahan yang ada tetapi lampu LED kini datang sebagai standard. Selain itu, model GSA juga dilengkapi dengan skrin TFT 6.5 inci.

Perbezaan utama antara versi GSA dan GS adalah bagi model GSA, ianya dilengkapi dengan kapasiti bahanapi yang lebih besar. Motosikal GSA baharu mampu menampung sehingga 30 liter.

Tetapi, ke semua kemaskini ada pengorbanannya, yang mana ianya datang dengan penambahan berat sebanyak 8kg. Motosikal BMW R 1250 GS Adventure 2019 didatangkan seberat 268kg dengan 90% bahanapi, sedia untuk ditunggang.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.