Honda X-ADV & Honda Rebel ada warna baharu!

Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja mengumumkan pilhan warna baharu bagi dua model Big Bikes tawaran mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Honda Rebel 500 dan juga Honda X-ADV. Menuju ke tahun 2019, Honda Rebel kini ditawarkan dengan dua warna baharu manakala terdapat satu lagu pilihan baharu untuk model Honda X-ADV.

Mat Axis Gray Metallic (2019)

Dah dapat bonus? Ingin mencari sebuah model motosikal yang santai dan juga ‘cool’? Honda Rebel 500 mungkin boleh menjadi pilihan sesuai untuk anda dengan gaya ‘cruiser’ atau ‘bobber’ yang kini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Warna baharu yang akan ditawarkan oleh BSH bagi model ini adalah ‘Mat Axis Gray Metallic’ dan ‘Pearl Cadet Gray’.

Pearl Cadet Gray (2019)

Warna ‘Graphite Black’ dan ‘Milennium Red’ masih ditawarkan bagi model 471cc ini dengan harga serendah RM32,399 (harga jualan tanpa insurans). Kesemua warna akan mula disediakan mulai Disember 2018 di semua cawangan rasmi Honda Big Wing.

Mat Moonstone Silver Metallic (2019)

Jika anda ingin sesuatu yang lebih berkuasa dan juga unik, kami amat syorkan anda dengan model Honda X-ADV. Skuter ‘adventure’ atau ‘dual-sport’ ini mampu meredah pelbagai keadaan jalan dengan reka bentuk lasak dan juga enjin 750cc berkuasa tinggi.

Bagi 2019, BSH akan mula menawarkan satu warna baharu iaitu ‘Mat Moonstone Silver Metallic’ yang dikatakan melengkap gaya yang canggih dan unik sambil menyerlahkan penampilan Honda X-ADV tersendiri. Pilihan warna baharu ini juga telah melengkapkan pilihan warna Honda X-ADV yang lain iaitu ‘Mat Bullet Silver’ dan ‘Grand Prix Red’.

Mat Bullet Silver (2018)

Dari segi warna, warna istimewa ini akan ditawarkan pada harga RM65,499 manakala warna standard boleh didapati dengan harga RM63,299 (harga jualan tanpa insurans). Kedua-dua model ini akan didatangkan dengan waranti pengilang selama 2 tahun atau 20,000km. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Honda Big Wing terdekat atau layari www.hondabigbike.com.my.

Tunggang Uji Honda Rebel 500 – Motosikal Bobber Yang Praktikal

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply