Motosikal Dua Lejang Suter MMX 500 2017 Terpakai Untuk Dijual

  • Motosikal Suter MMX 500 adalah jentera perlumbaan dua lejang, V-Four yang telah dibina antara tahun 2017 hingga 2018.
  • Ianya sebuah motosikal lumba dua lejang sejati, yang direka dari mula.
  • Syarikat berkenaan telah membina hanya 99 buah MMX 500.

Tahun baharu sudah semakin hampir tiba. Pada ketika inilah kita sering memikirkan apakah azam bagi tahun yang akan datang ini. Bagi penulis, azam tahun baharu cukup jelas sekali apabila penulis terjumpa dengan motosikal lumba dua lejang Suter MMX 500 2017 terpakai yang dijual dalam satu laman sesawang yang menjual motosikal lumba yang jarang ditemui.

Kami pernah membuat laporan mengenai motosikal Suter MMX 500 ini. Bagi mengingatkan anda semula, Eskil Suter dan kumpulan pekerjanya telah mempertimbangkan untuk menghentikan usaha mereka membina jentera dua lejang, namun, memutuskan untuk meneruskannya. Jadi, terhasillah motosikal ini.

Dan ianya bukanlah hanya sekadar sebuah motosikal yang dibentuk kerangkanya dan disumbat dengan enjin yang didermakan. Jentera MMX 500 ini adalah jentera perlumbaan yang tulen. (Suter adalah pakar kerangka dan pernah bertanding dalam Moto2. Merek telah menghasilkan lengan ayun bagi model BMW S 1000 RR HP4 Race.)

Enjin V-Four motosikal ini berkapasiti 576cc, hasil daripada silinder ‘undersquare’ (lejang panjang) 56.0 X 58.5mm (gerek lejang)nya itu. Suter memilih atur cara ini bagi membekalkan motosikal ini dengan lebih kuasa pada tahap pertengahan. Enjinnya itu adalah berdasarkan jentera Swissauto/MuZ500 yang dipertandingkan Suter pada tahun 1998 dan 1999. Ia memiliki dua aci engkol berlawanan arah.

Kelengkapan elektronik dan suntikan bahanapinya adalah terkini. Ianya bagi mengendalikan jentera 195hp ini, yang hanya seberat 127kg. Tanpanya, penunggang mungkin sekali akan dilancarkan ke orbit!

Ada $115,000 yang boleh anda belanjakan? Sudah tentu adakan? Lupakan sahaja angan-angan untuk menghantar anak ke kolej atau universiti, dan jual sahaja rumah anda. Ianya satu pengorbanan kecil bagi memiliki motosikal yang teramat jarang ada ini. Hanya 99 buah sahaja yang telah dibina.

Dan begitulah azam tahun baharu penulis. Penulis perlu cari lagi laman-laman sesawang seperti ini!

Sumber dan gambar oleh : raresportbikesforsale

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.