Harley-Davidson Pan America Lancar Februari 2021

Harley-Davidson bakal memperkenalkan Pan America 2021 menerusi pelancaran global pada 22 Februari depan dengan beberapa model lain. Ini merupakan info rasmi sulung mengenai Pan Ameria sejak model itu diperkenalkan secara konsep tiga tahun lalu. Difahamkan, Harley-Davidson bakal membuat previu rasmi pada 19 Januari sebagai tontonan Pan America dalam bentuk ‘production ready’ sebelum dilancarkan secara rasmi…

Harley-Davidson Ganti Bronx Dengan Custom 1250 Sportster Untuk 2021

Baru-baru ini, Harley-Davidson didakwa telah membatalkan pengeluaran Bronx untuk 2021 susulan rombakan Hardwire yang dilaksanakan syarikat itu. Sebelum ini, Harley-Davidson telah mengesahkan hanya Pan America akan dibawa ke peringkat pengeluaran untuk 2021 manakala Bronx ditangguhkan sementara waktu. Bagaimanapun, rata-rata berpendapat Harley-Davidson telah membatalkan sepenuhnya model tersebut. Dalam perkembangan terkini, HD bakal menggantikan Bronx dengan Custom…

Harley-Davidson Perkenalkan Serial 1

Selepas lebih setahun khabar angin tular mengenai perancangan Harley-Davidson terlibat dengan basikal elektrik, akhirnya Serial 1 Cycle diperkenalkan. Menariknya, nama Serial 1 itu diberikan sempena model Serial Number One, nama yang diberikan kepada motosikal sulung Harley-Davidson yang dibina pada 1903. Tidak hairanlah Serial 1 menampilkan rekaan dengan tayar berwarna putih, tempat duduk kulit dan grip…

Harley-Davidson Putus Asa Di India

Harley-Davidson telah membuat keputusan untuk menutup perniagaan di India yang merupakan pasaran motosikal terbesar dunia. Pengesahan itu dibuat menerusi pemfailan oleh U.S Securities and Exchange Comission bagi penutupan kilang di Bawal. Tindakan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif rombakan Rewire oleh Harley-Davidson dalam usaha mengembalikan kegemilangan jenama pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu. Awal tahun ini, Harley-Davidson…

Imej Paten Harley-Davidson 338R Untuk Pasaran Asia Didedahkan

Baru-baru ini, tular imej ‘spyshot’ yang memaparkan jentera Harley-Davidson hasil kerjasama dengan Qianjiang Motor (QJMotor). Imej intipan tersebut bagaimanapun hanya memaparkan bahagian sisi kanan jentera dengan nama 338R dan lencana Harley-Davidson ditayangkan. Bagaimanapun, rekaan 338R kini tampil lebih jelas menerusi imej paten yang telah difailkan kepada China’s National Intellectual Property Administration pada Disember tahun lalu….

Imej Sulung Harley-Davidson 338R Didedahkan!

Selepas sekian lama akhirnya imej sulung motosikal Harley-Davidson mampu milik hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycles -pemilik jenama Benelli- didedahkan di laman sosial di China. Sebelum ini hanya imej ‘render’ dengan nama kod HD350 diguna pakai namun dengan imej sebenar yang dikongsi jelas terpampang nama model 338R. Ini julung kalinya model ini dilihat dalam keadaan sebenar…

Harley-Davidson Batalkan Model Bronx 2021

Harley-Davidson mengesahkan model streetfighter ‘Bronx’ tidak akan dilancarkan pada 2021 seperti yang dirancang. Baru-baru ini pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu memadam model tersebut di laman Harley-Davidson ‘Future Vehicles’. Senario itu mencetuskan tanda tanya dengan rata-rata berpendapat Bronx menjadi mangsa daripada penstrukturan semula syarikat itu yang kini memfokuskan terhadap jentera ‘adventure’, Harley-Davidson Pan America. Bronx didedahkan…

Harley-Davidson Bakal Laksana Rombakan, Catat Kerugian RM390 Juta

Harley-Davidson Inc telah mengumumkan langkah untuk merombak semula perniagaan selepas pandemik Covid-19 menghadirkan kerugian mendadak. Harley dilaporkan merekodkan kerugian sekitar USD92 juta (RM390 juta) bagi suku kedua tahun ini, dengan pendapatan turun 7 peratus tahun demi tahun. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harley-Davidson, Jochen Zeitz berkata pihaknya perlu melaksanakan rombakan jika mahu mengekalkan status HD sebagai…

Harley-Davidson Rancang Kurangkan Pengeluaran Motosikal

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, Harley-Davidson (HD) telah pun berdepan pelbagai masalah susulan gagal merekodkan penjualan memberangsangkan. Kini setelah kilang HD di Amerika Syarikat kembali beroperasi, syarikat itu merancang untuk mengurangkan kadar pengeluaran motosikal. Bukan itu sahaja, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, HD turut akan mengurangkan model, varian dan pilihan warna. Perancangan itu didakwa dibangkitkan sendiri…