Harley-Davidson akan membuka pusat pengedar rasmi di Johor sekaligus mencari individu berminat untuk sertai pasukan baharu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan motosikal, servis selepas jualan, kewangan dan butik H-D. Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru dan beroperasi di bawah Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pusat berukuran 12,000 kaki persegi itu menawarkan semua model Harley-Davidson termasuk…
Tag: Harley-Davidson
Harley-Davidson buat julung kalinya mendedahkan skuter elektrik pertama. Menurut laporan electrek.co, skuter elektrik terbabit direka bertujuan untuk memperkembangkan pelanggan Harley-Davidson yang sebelum ini tertumpu ke arah penghasilkan jentera cruiser/easy rider. Meskipun ramai yang telah dimaklumkan mengenai perancangan Harley Davidson namun syarikat itu bijak merahsiakan rekaan skuter terbabit. Kini, skuter elektrik sulung Harley-Davidson didedahkan sekaligus menjawab…
Meskipun tidak semegah jenama motosikal Itali lain seperti Ducati dan Aprilia namun Benelli berjaya merekodkan penjualan lebih 63,000 unit bagi tahun 2019. Siapa sangka jenama yang suatu ketika dulu menghasilkan senapang patah, kini berjaya merekodkan penjualan lebih tinggi berbanding Ducati bagi 2019. Meskipun DNA Itali semakin pudar – setelah dimiliki Qianjiang Motorcycle – angka penjualan…
Harley-Davidson bersama rakan kongsi di China, Qianjiang Motorcycle Co difahamkan telah pun menandatangani pengesahan rekaan untuk menghasilkan projek ‘HD350’ di China. Difahamkan, jentera ‘baby Harley’ ini akan dilancarkan hujung tahun 2020 di pasaran China sebelum menawarkan jentera tersebut ke pasaran dunia. Kerjasama di antara pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu bersama Qianjiang Motorcycle – pemilik jenama…
Harley Davidson Motor Company melancarkan barisan model bagi tahun 2020 termasuk model baharu bagi segmen Touring, Electra Glide Standard. Harley-Davidson Electra Glide Standard menawarkan pengalaman tunggangan yang diinspirasikan daripada Harley-Davidson Grand American Touring. Direka khas bagi yang gemar menunggang jarak jauh, jentera baharu ini membolehkan penunggang untuk membebaskan diri daripada kesibukan kota sambil menikmati pengalaman…
Harley-Davidson membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran motosikal elektriknya pertamanya, LiveWire, untuk sementara waktu susulan berdepan masalah dengan sistem pengecas jentera tersebut. Menurut laporan The Wall Street Journal, Harley-Davidson memaklumkan bahawa LiveWire masih selamat untuk ditunggang namun menasihatkan beberapa pemilik untuk mengecas jentera bernilai USD30,000 itu di pengedar rasmi buat masa ini. Projek LiveWire pernah diperkenalkan…
Harley-Davidson melancarkan ‘push bikes’ elektrik untuk kanak-kanak yang diberi nama IRONe12 dan IRONe16. Kebelakangan ini, Harley-Davidson telah pun menyatakan hasrat untuk menembusi pasaran pembeli muda dan untuk itu, mereka menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle – pemilik Benelli, Keeway – bagi menghasilkan jentera bawah 500cc dengan harga mampu milik. Kini, pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu turut…
Semangat setiakawan ditonjolkan Harley-Davidson Owners Group PJ (HOG PJ) dan Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) ketika Camaraderie Ride. Pengembaraan dua jenama motosikal ini membuktikan tidak wujud sebarang halangan halimunan yang sebelum ini didakwa memisahkan setiap kumpulan motosikal. HOG PJ dan DOCM berkumpul di Gasket Alley, Selasa lalu bagi sesi sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan ke…
Baru-baru ini, Harley-Davidson telah melancarkan model FXDR 114 buat julung kalinya ketika di Art Of Speed 2019 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Menurut pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu, FXDR 114 membawakan makna kuasa dan prestasi tinggi baharu dalam keluarga Harley-Davidson. FXDR 114 merupakan ahli ke-10 dalam platform Softail dan di antara 100 jentera berprestasi tinggi…