Dapatkan Harley Davidson Sportster Dengan Ekzos Screamin Eagle Di AOS 2019!

Sempena dengan Art Of Speed (AOS) 2019 yang akan berlangsung hujung minggu ini (27-28 Julai), tawaran hebat daripada Harley Davidson menanti pengunjung! Anda kini boleh mendapatkan model Harley Davidson Sportster serba baharu dengan tambahan sistem ekzos Screamin’ Eagle yang bernilai RM4,685! Tawaran ini hanya terbuka pada pengunjung di AOS 2019, harga bermula dari RM62,600 dengan…

LEGO Perkenalkan LEGO Creator Expert Harley-Davidson Fat Boy!

LEGO Group memperkenalkan model LEGO Creator Expert – sebuah Harley Davidson Fat Boy yang boleh didapati di semua kedai LEGO bermula 1 Ogos, 2019. Dihasilkan dengan kerjasama Harley-Davidson, model terperinci ini memaparkan intepritasi LEGO terhadap model ikonik ini dengan elemen yang direka khas bagi menyamai Harley-Davidson Fat Boy. Melibatkan 1,023 keping, model tersebut didatangkan dengan…

Enjin 338cc Parallel-Twin, Percaturan Baharu Harley-Davidson Tahun 2020

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley-Davidson (HD) akan menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle untuk menghasilkan enjin bersaiz kecil bagi pasaran Asia. Hari ini telah disahkan bahawa jentera tersebut bukanlah sebuah cruiser sebaliknya motosikal jenis naked bike yang akan dijana dengan enjin 338cc parallel-twin dengan cecair penyejuk. Harley-Davidson (HD) baru-baru ini telah…

Harley Davidson, Qianjiang Motorcycle Jalin Kerjasama, Hasilkan Enjin Kecil Tahun Depan

Dalam usaha untuk menembusi pasaran Asia dengan motosikal bersesaran 250 hingga 500cc, Harley Davidson telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar motosikal China. Harley Davidson mengumumkan bahawa mereka akan bergandingan dengan Qianjiang Motorcycle dalam menghasilkan dua model motosikal berenjin kecil yang akan mula dijual tahun depan di bawah jenama Harley. Harley mensasarkan untuk memasarkan motosikal pertama di…

KTM Atasi Penjualan Harley-Davidson, Buru Kedudukan Kawasaki

Ketika Stefan Pierer mengambil alih KTM pada 1991, pengeluar motosikal berpangkalan di Austria itu berdepan masa depan yang suram apabila ketinggalan dibelakang berbanding jenama Jepun. Pierer kemudiannya mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan KTM dan hasilnya, 28 tahun kemudian, jumlah penghasilan motosikal KTM dalam masa sehari menyamai jumlah penghasilan dalam masa setahun ketika Pierer mula-mula…

Royal Enfield Dan Jawa Halangan Utama Harley-Davidson Di India

Harley-Davidson melihat pasaran India – pasaran motosikal terbesar dunia – sebagai kunci utama dalam kembali mengukuhkan masa depan jenama mereka. Mengikut perancangan, pasaran India bakal menjadi saksi kepada percubaan Harley-Davidson dalam menghasilkan motosikal berenjin kecil sekaligus menyuntik penjualan yang lebih positif. Bagaimanapun, Harley-Davidson berdepan tugas sukar kerana 90 peratus pasaran 250 hingga 500cc didominasi jenama…

HOG PJ Anjurkan “Safe Rider Skills Program”

HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan “Safe Rider Skills Program” pertama mereka untuk tahun ini. Sekitar 20 orang ahli kelab HOG PJ dan marsyal telah menyertai program ini bagi meningkatkan lagi kemahiran menunggang mereka. Program latihan ini telah diketuai oleh ketua pelatih penunggangan teknikal PDRM Muar, ASP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya.

GB Motorcycles Pengendali Baharu Harley-Davidson Pulau Pinang

Peminat Harley Davidson, mendapat khabar gembira hari ini apabila pengeluar motosikal Amerika Syarikat mengumumkan pelancaran semula wakil rasmi pengedar mereka di Pulau Pinang hari ini sekaligus menjadikan Harley Davidson Pulau Pinang pengedar ketiga rasmi di Malaysia selepas Melaka dan Petaling Jaya. Tanggungjawab mengendalikan Harley Davidson Pulau Pinang kini di tangan GB Motorcycles yang menjalinkan kerjasama…