Harley-Davidson Sportster adalah salah sebuah motosikal paling menyeronokkan yang boleh anda miliki. Ia menggabungkan gaya dan prestasi. Penyelenggaraan adalah sebahagian daripada pengalaman pemilikan motosikal. Ini mungkin menelan kos yang besar, jadi pakej dan diskaun amatlah dialukan. Harley-Davidson Petaling Jaya dan Harley-Davidson Pulau Pinang sedang menawarkan pakej diskaun dengan promosi ‘beli satu, percuma satu’. Teruskan membaca…
Tag: Harley-Davidson
Kelab Motosikal Shadowfax Motorcycle Club Malaysia telah menyambut Deepavali dengan menganjurkan sebuah rumah terbuka. Kumpulan serta kelab motosikal dari seluruh Malaysia dan Brunei telah menghadiri rumah terbuka ini. Shadowfax juga turut menjemput kanak-kanak yang kurang berkemampuan.
Naza Prestige telah menyambut ulang tahun ke-10 mereka dengan mengadakan satu konvoi pada pagi hari Sabtu bersama dengan pelanggan setia mereka. Lebih kurang 50 orang pelanggan setia telah turut serta dalam tunggangan ini bagi menunjukkan sokongan mereja terhadap konvoi ulang tahun ini. Naza Prestige akan terus setia memberikan sokongan terhadap para pelanggan mereka dengan perkhidmatan…
HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan satu tunggangan ke Cameron Highlands pada hujung minggu yang lalu. Lebih daripada 40 orang peserta yang terdiri daripada 23 orang pemilik Harley telah menyertai konvoi untuk menikmati tiupan angin dingin jauh dari hiruk pikuk bandaraya. Akan ada lebih banyak konvoi yang akan dianjurkan dan HOG PJ…
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Sebagai salah satu cara mereka mengiktiraf dan menghargai para pemilik dan kelab pemilik Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah untuk acara konvoi dan pelbagai aktiviti. Kumpulan terkini yang telah berhimpun di HDPJ adalah Kingz MG sewaktu konvoi mereka menuju ke Pantai Timur. HDPJ telah memberi sokongan kepada konvoi ini dengan memberikan…
Harley-Davidson Petaling Jaya telah menganjurkan HOG PJ Breakfast Ride ke Kodai Sarapan D’Sawah di Kuala Pilah semalam. Sekitar 80 orang penunggang ahli kumpulan HOG PJ telah menyertai keraian ini. Destinasi sarapan pagi yang terkenal itu telah dipilih atas sebab makanannya yang hebat dan terletak berdekatan dengan sawah padi yang cantik, dikelilingi latar belakang yang bergunung-ganang.
Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan. Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka. Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.
Harley-Davidson baharu sahaja melancarkan motosikal power cruiser terkini mereka, Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019. Jentera berinspirasikan motosikal drag bike serba baharu ini bertumpukan kepada kuasa, prestasi, dan kebolehtunggangan dengan enjin 1,868cc Milwaukee-Eight™ dan beratnya yang ringan. Motosikal Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019 ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari $21,349 (sekitar RM87,405).